Saturday, October 4, 2014

Beberapa Lebuh Raya Sesak Sempena Sambutan Aidiladha Ahad Ini


Diterbitkan: Jumaat, 3 Oktober 2014 7:51 PM
Keadaan jalan raya di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) mulai sesak dengan kenderaan.

KUALA LUMPUR: Beberapa lebuh raya mengalami kesesakan trafik mulai petang ini berikutan warga kota yang mula bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, Ahad ini.    

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata antara kawasan terbabit ialah Lebuhraya New Klang Valley Expressway (NKVE) dari Subang ke Damansara manakala di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pula dari Plaza Tol Gombak ke Bentong dan ke Plaza Tol Karak.

"Kami menjangkakan petang ini, lebuh raya itu akan lebih sesak berikutan orang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing.

"Esok (Sabtu) trafik dijangka akan berkurangan sekiranya ramai yang bertolak kekampung masing-masing petang dan malam ini," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.

Menurutnya, beberapa kawasan di Lebuhraya Utara Selatan dijangka mengalami kesesakan dengan trafik bergerak perlahan petang ini di lebuh raya itu.

"Trafik dijangka akan bergerak perlahan di Tapah, Bidor dan dari Bidor sehingga ke Terowong Menora seterusnya menuju ke Kuala Kangsar," katanya.    

Sementara ke selatan, kesesakan turut berlaku dari Bangi ke Seremban, dari persimpangan Nilai Utara menuju ke Nilai dan dari Nilai ke Seremban, sementara kawasan-kawasan lain, trafik bergerak lancar seperti biasa, katanya.

Di samping itu, jurucakap trafik di ibu kota berkata trafik mula sesakdi Jalan Kuching menuju ke bulatan Batu Caves dan di Jalan Mahameru ke Jalan Tun Razak, ketika berita ini dilaporkan.   

"Warga kota hari ini ramai yang mahu pulang ke kampung masing-masing tambahan hujan turun membuatkan trafik sedikit sesak," katanya.   
mstar

No comments:

Post a Comment