Saturday, October 4, 2014

Presiden Turki tuntut maaf daripada Naib Presiden AS

ANKARA, Turki: Presiden Recep Tayyip Erdogan menuntut permohonan maaf daripada Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berhubung kenyataannya yang mengatakan pemimpin Turki mengaku kepadanya bahawa negara itu membenarkan pejuang asing menyeberang ke Syria.
Erdogan menafikan pernah membuat kenyataan itu dan memberitahu media bahawa Biden "akan menjadi sejarah bagi saya jika dia sememangnya menggunakan ayat itu."
Biden memberitahu penonton dalam ucapannya di Harvard Kennedy School pada Khamis: "Dia (Erdogan) berkata: "Kamu betul. Kami biarkan terlalu ramai orang menyeberang. Sekarang mereka cuba untuk menutup sempadan mereka."
Erdogan berkata, beliau tidak pernah memberitahu kepada Biden bahawa negaranya telah membuat kesilapan.
"Saya tidak pernah berkata kepadanya kami telah membuat kesilapan. Tidak pernah. Jika dia (Biden) mengatakan ini di Harvard maka beliau perlu memohon maaf kepada kami," katanya. - AP

No comments:

Post a Comment