Oleh Siti Fatimah Hassan
Kuala Lumpur: “Saya melihat faktor perkara ini berlaku disebabkan ruang kebebasan yang diberi terlalu luas hingga anak muda lupa dengan nilai budaya dan agama,” kata kata pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
Beliau mengulas penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa gadis Melayu bertudung dicium serta dipeluk artis K-pop menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di Internet.
Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk beberapa anggota daripada kumpulan K-pop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur, kelmarin.
Menurut Ahmad Dusuki, keadaan sosial pada masa kini satu perkara mencabar dan dianggap sebagai masalah besar yang perlu dihadapi semua.
Katanya, sepatutnya semua pihak mengambil iktibar daripada pelbagai kejadian termasuk bencana banjir yang berlaku, baru-baru ini dan bermuhasabah diri serta menjadikannya sebagai peringatan kepada diri sendiri.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 7:48 AM
No comments:
Post a Comment