PUTRAJAYA - Kuil Penganut Dewi Sri Maha Mariamman Devasthanam yang berkeluasan 1833.89 meter persegi yang dicadangkan di Presint 20 ini merupakan kuil penggantian kepada 15 buah kuil yang telah dirobohkan sebelum ini bagi memberi laluan kepada pembinaan Putrajaya ,kata Kementerian Wilayah Persekutuan pada kenyataan akhbar.
Menurut Bahagian Komunikasi Korporat , pembinaan kuil ini adalah TIDAK menggunakan peruntukan kerajaan samada dari Kementerian Wilayah Persekutuan ataupun Perbadanan Putrajaya. Pelan Induk Putrajaya pada tahun 1997 telah menetapkan plot-plot rezab agama-agama lain termasuk Kuil di Presint 20.
Antara Kuil-kuil hindu yang telah dirobohkan dahulu adalah Kuil Sri Maha Mariaman di Ladang Sidgelley, Presint 14, Kuil Bukit Prang di Jln B15, Ladang Prang Besar 2, Kuil Sri Durga Kaliaman, Presint 20 serta kuil-kuil lain di Presint 7, 16, 15, 14, 13 dan Presint 11.
Putrajaya yang sebelum ini merupakan kawasan ladang dan mempunyai pelbagai kuil dari yang bersaiz besar hingga bersaiz sederhana.
Selari dengan Perlembagaan Negara yang menjamin kebebasan amalan beragama, maka Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan turut merizabkan lot-lot tanah bagi tujuan pembinaan rumah-rumah ibadat di Presint 20 seperti yang terkandung dalam Pelan Induk Putrajaya. -KLpost

No comments:
Post a Comment