Monday, January 12, 2015

Pengganas ditembak mati


Agensi
Jakarta: Unit khas antipengganas Indonesia - dikenali sebagai Densus 88 - menembak mati seorang suspek pengganas dan menangkap lima yang lain dalam operasi berasingan menyasarkan anggota Mujahidin Indonesia Timur (MIT) di Sulawesi, kelmarin.
Jurucakap polis, Agus Rianto berkata, operasi itu dibantu pasukan polis Sulawesi Tengah yang melakukan lima penangkapan berbeza.
Katanya, suspek pertama dikenali sebagai Ilham Syafii yang ditangkap pada jam 10.15 pagi di Kampung Bungadidi di Luwu Utara.
“Ilham melarikan diri ke kawasan ladang kampung itu sebaik saja melihat kenderaan polis, tetapi dia dikejar dan berlaku tembak-menembak.
“Dalam situasi itu Ilham ditembak mati,” katanya.
Menurut Agus, Ilham dipercayai menjadi orang perantara untuk MIT dan banyak mengetahui maklumat kumpulan itu, termasuk anggota yang dikehendaki polis.
Pada mayat Ilham, polis menemui sepucuk pistol, lima peluru 9mm, sebuah telefon bimbit dan pisau.
Pada hari sama, Densus 88 juga menahan Saiful Jambi kira-kira jam 11.30 pagi di Kampung Wotu, Poso.
Dia didakwa menyertai latihan ketenteraan di Topoyo pada 2010 serta menganggotai kumpulan pembuat bom MIT.
Agus berkata, Saiful juga menjadi orang perantara MIT dan menerima dana daripada penyokong mereka di luar Sulawesi Tengah.
“Dia juga membantu menyembunyikan dua buruan lain, dikenali sebagai Santoso dan Daeng Koro,” katanya.
Santoso ialah bekas ketua Jemaah Ansharut Tauhid Poso, manakala Daeng Koro bekas polis yang menjadi orang kanan Santoso.
Suspek ketiga ialah Rustam yang ditangkap di daerah Kayamanya.
Suspek seterusnya yang ditangkap ialah pasangan suami isteri Hasan dan Ros.
Agus berkata, polis merampas bersama wang bernilai RM6,400 dipercayai disimpan untuk kegunaan Santoso bagi melaksanakan misi MIT.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 6:26 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23214#sthash.PiinAOZR.dpuf

No comments:

Post a Comment