Mark Zuckerberg
Zuckerberg berkata, kempen itu dibuat berdasarkan hak kebebasan bersuara, menjadikan dunia satu tempat yang lebih baik.
“Facebook menjadi tempat penduduk dunia berkongsi pendapat. Kami mengikuti peraturan di setiap negara, namun kami tidak membenarkan mana-mana negara menentukan apa yang boleh dikongsi oleh dunia,” jelas beliau dalam laman sosial Facebooknya, lapor Mail Online.
Pakistan kemudian menyekat akses Facebook di negaranya.
Pendedahan ugutan bunuh oleh Zuckerberg itu dibuat sebagai reaksinya kepada serangan keganasan di Paris minggu ini yang mengorbankan 18 individu termasuk tiga suspek.
Bagaimanapun, kenyataan beliau dipandang negatif oleh penganut Islam.
Seorang daripadanya iaitu, Aftab Ahmed berkata, dia tidak pernah melihat Zuckerberg bercakap tentang hak asasi manusia apabila banyak penduduk di Palestin, Iraq, Afghanistan, dan Syria terkorban.
“Bagaimana pula dengan kematian di negara tersebut? Anda tidak pernah mengutuknya,” ujar Aftab dalam statusnya yang sudah mendapat lebih 10,000 like.