SHAH ALAM - Pas Selangor menuntut permohonan maaf daripada peserta dan penganjur Bersih 4.0 yang bertindak biadap memijak gambar muka Presiden mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Setiausaha Dewan Ulama Pas Selangor, Muhammad Najhan Halim membantah kebiadapan peserta Bersih 4.0 yang memijak gambar Presiden Pas di atas jalan raya.
"Perbuatan ini (pijak gambar) tidak boleh dibiarkan kerana bimbang akan menjadi adat dan budaya masyarakat kita kerana bakal mencetuskan provokasi negatif, perpecahan kaum dan juga agama.
"Kami menggesa pihak polis melakukan siasatan terperinci dan mengenal pasti pelaku yang tidak bertanggung jawab itu dan mengenal pasti serta mengenakan tindakan sepatutnya," katanya ketika sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, di sini, hari ini.
Tegas Najhan, Pas Selangor menuntut permohonan maaf oleh pihak yang melakukan provokasi ini secara terbuka mahupun tertutup kepada Presiden Pas yang langsung tidak layak diperlakukan sedemikian tanpa sebarang kesalahan berat dan kezaliman mahupun penyelewengan yang dilakukannya.
"Pas dan Presidennya sendiri sudah beberapa kali menegaskan bahawa tidak akan bekerjasama dengan Umno namun segelintir manusia berhati gelap masih mengapi-apikan isu ini hingga menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat lalu diletakkan kesalahan kepada Presiden Pas.
"Inilah kesan jahatnya perbuatan fitnah yang diadu dombakan oleh segelintir kecil manusia," katanya.

No comments:
Post a Comment