Thursday, September 3, 2015

Polis cari 11 lagi individu

Junaidi Ladjana

am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Polis masih mengesan 11 individu yang terbabit dalam perhimpunan haram pada 29 dan 30 Ogos lalu, di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan Azhar Hamin berkata, mereka yang dikesan itu sama ada penceramah atau peserta ketika perhimpunan haram berkenaan.

"Sebelum ini, polis sudah mengenal pasti lima individu iaitu penganjur perhimpunan haram dan empat daripada mereka sudah diambil rakaman percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

"Polis juga sudah merakam percakapan dua Ahli Parlimen DAP yang hadir ketika perhimpunan haram terbabit," katanya ketika dihubungi, petang tadi.

Azhar berkata, selain itu, empat peserta perhimpunan haram itu turut dirakam percakapan mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 September 2015 @ 5:49 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74762#sthash.44I5sW2y.dpuf

No comments:

Post a Comment