Friday, May 14, 2010

Jangan maki orang tua,orang alim dan imamyang adil


Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: " Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil."
 
(Muslim).

Macam-macam: 'Rasuah kaedah terbaik selesaikan masalah'




2010/05/14

MOSCOW: Lebih separuh rakyat Russia beranggapan memberi rasuah cara terbaik ‘selesaikan masalah.’ 

Tinjauan Pusat Levada mendapati, 50 peratus daripada 1,600 rakyat Russia percaya ‘rasuah diberi oleh sesiapa saja yang berhubung dengan pegawai negara itu.’

Hilang punca sara hidup

KANGAR: Wang gaji suami tersekat di bank, manakala anaknya terpaksa berhenti sekolah selepas keluarga mereka dihimpit masalah kewangan menyebabkan seorang suri rumah, Mariani Mohamad, hilang punca untuk meneruskan kehidupan.
Paling memeritkan, suami Mariani, Abdul Rahman Rejab, 57, seorang kakitangan kerajaan terlantar di rumahnya di Taman Bunga Padi, Bintong di sini sejak Januari lalu apabila disahkan lumpuh seluruh badan.
“Saya kini buntu memikirkan masa depan kehidupan kami sekeluarga apabila suami yang menjadi tempat bergantung lumpuh selepas terjatuh dari katil di rumah. “Dia yang menghidap penyakit darah tinggi dan asma, bekerja di Jabatan Kerja Raya (JKR) Perlis dan terpaksa cuti sakit sejak Januari lalu selepas lumpuh keseluruhan badan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Mariani berkata, dia menghadapi kesukaran mengeluarkan wang gaji Abdul Rahman untuk kos pembelian ubat dan keperluan dapur apabila buku bank dan kad pengenalan suaminya itu hilang.

“Usaha anak sulung saya mengeluarkan wang gaji suami gagal kerana perlu mengemukakan bukti yang sukar diperoleh serta terikat dengan peraturan tertentu dari pihak institusi kewangan terbabit.

“Kehilangan dokumen penting suami termasuk kad bank dan kad pengenalan berlaku ketika kelam-kabut menguruskan rawatannya yang lumpuh secara tiba-tiba selepas terjatuh dari katil Januari lalu,” katanya.

Mariani, 57, berkata, anak bongsunya, Mohamad Hairi, 16, sudah tidak ke sekolah sejak sebulan lalu dan kemungkinan bercuti panjang disebabkan masalah kesempitan wang dialami keluarganya.

“Anak bongsu saya sedang mencari pekerjaan untuk menguruskan kehidupan kami tiga beranak termasuk kos rawatan suami yang memerlukan perhatian rapi,” katanya.

Tiga daripada empat anak pasangan berkenaan sudah berkahwin dan mempunyai tanggungjawab membela keluarga masing-masing serta sekadar mampu untuk membiayai keperluan dapur ibu bapa mereka.

Beliau berkata, dia membelanjakan sehingga RM700 sebulan untuk rawatan suami yang terbaring di katil dan hanya mampu berkomunikasi melalui isyarat mata manakala makanannya pula disalurkan menerusi tiub ke kerongkong.

Polispun penyamun jugak

Polis samun dijel 8 tahun


PETALING JAYA: Seorang bekas konstabel polis dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan melakukan samun berkumpulan terhadap wanita dengan merampas motosikal milik mangsa.
Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Syam Manar, 29, yang mempunyai rekod kesalahan lampau atas sabitan dadah dan diperintahkan menjalani pengawasan serta digantung tugas dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh ditangkap, 29 Januari 2009.

Dalam keputusannya Rozina berkata, pihak pendakwaan membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah dan keterangan bela diri tertuduh.

Jenazah Ashaari Selamat Dikebumi




REMBAU, 13 Mei (Bernama) -- Jenazah bekas pemimpin kumpulan Al Arqam yang diharamkan, Ashaari Muhammad selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Pilin dekat sini kira-kira pukul 10 malam.

Jenazah Ashaari, yang dibawa dengan kereta persendirian dari Ipoh tiba bersama rombongan di kampung asal Allahyarham, Kampung Pilin kira-kira pukul 8.30 malam.

Jenazah kemudian ditempatkan di surau kampung itu bagi membolehkan sanak saudara dan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarham kemudian disembahyangkan sebelum dikebumikan di tanah perkuburan yang terletak bersebelahan dengan surau kampung itu.

Kira-kira 1,000 orang hadir pada majlis pengkebumian.

Ashaari, 73, lebih dikenali dengan panggilan Abuya oleh para pengikutnya meninggal dunia di Hospital Pakar Ipoh, Perak pada pukul 2.10 petang, tiga hari selepas dimasukkan di hospital itu kerana jangkitan paru-paru.

-- BERNAMA

Tak cuci dubur simpan bukti




MOHD. SAIFUL hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Mohd. Saiful Bukhari Azlan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa tindakannya tidak mandi dan mencuci dubur selepas dakwaan diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 disebabkan mahu menyimpan bukti.
Saksi itu juga memberitahu, dia lewat dua hari membuat laporan polis kerana mendakwa mahu mendapatkan nasihat terlebih dahulu berhubung kejadian yang melibatkan maruah dan masa depannya.
Bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata demikian semasa menyambung soal balas oleh peguam Karpal Singh dalam perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang berkenaan.

Diakhir zaman banyak perkara pelik berlaku


Telekung bersolat gemparkan penduduk

Azizah Jalil melihat telekung miliknya yang berdiri seakan-akan orang yang sedang duduk tahiyat akhir di rumahnya di Bandar Sunggala, semalam.


TELUK KEMANG 13 Mei – Sama ada perkara benar atau dibuat-buat, kisah telekung berbentuk seperti orang duduk tahiyat akhir menjadi tumpuan penduduk di Bandar Sunggala, Port Dickson dekat sini sejak tiga hari lalu.
Semuanya bermula apabila pemilik telekung berkenaan, Azizah Jalil, 61, yang merupakan seorang ibu tunggal mendapati telekung miliknya berbentuk demikian ketika mahu menunaikan solat Asar, Selasa lalu.
‘‘Saya letakkan telekung di atas sejadah sebelum mengambil wuduk. Selepas selesai wuduk, saya menyarungkan kain. Apabila memalingkan muka ke arah sejadah, saya terkejut apabila melihat telekung itu sudah berbentuk seperti itu.
‘‘Sebelum itu saya ingat benar telekung berkenaan hanya berlipat dan diletakkan di atas sejadah dan keadaannya tidak begitu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Lorong Anggerik 29, Bandar Sunggala, Port Dickson dekat sini hari ini.
Terkejut dengan keadaan itu, Azizah segera memanggil anaknya, Mohd. Hafiz Masrom, 25, untuk melihat kejadian itu kerana bimbang apa yang dilihatnya itu hanyalah ilusi semata-mata.
‘‘Anak saya kata dia juga melihat telekung yang sama dan dalam keadaan seperti itu.
‘‘Sejak kejadian itu sehinggalah ke hari ini, telekung berkenaan tidak disentuh dan dibiarkan dalam keadaan begitu,” kata Azizah.
Kejadian yang berlaku itu menyebabkan rumah Azizah menjadi tumpuan penduduk yang datang tanpa mengira waktu untuk menyaksikan perkara tersebut.
Kata Mohd. Hafiz, orang ramai datang sendiri untuk melihat telekung itu dan terpulang kepada mereka untuk menilai kejadian itu.
Dalam pada itu, Pegawai Agama Islam Daerah Port Dickson, Mohd. Raizalaini Mohd. Rais berkata, masyarakat Islam tidak boleh mentafsir atau menterjemahkan kejadian itu sewenang-wenangnya kerana ia boleh memesongkan akidah.
‘‘Sama ada perkara itu baik atau buruk, pastinya setiap yang berlaku mempunyai hikmah di sebaliknya. Sebagai umat Islam, kita perlu menerimanya dengan kerelaan hati dan menanamkan dalam diri untuk terus memperbaiki segala amalan dan berazam menjadi umat Islam yang baik,” katanya.
Menurutnya, selepas melihat sendiri telekung berkenaan, beberapa pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) melipat semula telekung itu supaya tidak dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Isteri koperal mangsa langgar lari mohon bantuan



Satona Pinyin mendengar permintaan Khalid Che Rus di rumah mereka di Taman Keramat, semalam.


KUALA LUMPUR 13 Mei - Selepas terbabit dalam kemalangan langgar lari setahun lalu, seorang anggota polis kini terpaksa menanggung derita tidak mampu berjalan dan bercakap sehingga terpaksa bergantung sepenuhnya kepada isteri dan keluarga.
Koperal Khalid Che Rus, 48, yang pernah bertugas di Balai Polis Ampang Jaya kini hanya terlantar dan memerlukan simpati masyarakat sekeliling baginya meneruskan kehidupan.
Bapa kepada tiga anak lelaki itu dirempuh oleh sebuah kenderaan, yang sehingga kini belum dikenal pasti termasuk pemandunya, pada pukul 1 pagi, 29 April tahun lalu.
Khalid yang bertugas di bahagian tugas-tugas am terlibat dalam kemalangan ketika menunggang motosikal untuk pulang selepas habis kerja.
Berikutan kemalangan itu, Khalid koma selama tiga minggu dan terlantar di Wad Neurologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama lima bulan sebelum dibenarkan pulang ke rumahnya di Taman Keramat di sini.
Isterinya, Satona Pinyin, 44, berkata, suaminya kini tidak mampu melakukan sebarang kerja dan hanya bergantung kepadanya untuk menguruskan keperluan harian.
"Segala keperluan suami diuruskan oleh saya dan anak-anak selain bantuan daripada jiran terdekat.
"Setelah anak-anak kembali ke pusat pengajian masing-masing, saya menguruskan suami sendiri dengan kudrat yang ada," katanya dengan nada sedih ketika ditemui di rumahnya hari ini.
Anggota polis itu, ketika ditanya oleh wartawan, dapat memahami butiran soalan tetapi tidak mampu untuk bercakap akibat kerosakan pada saraf otaknya.
Satona memberitahu, kos perbelanjaan untuk merawat suaminya dalam tempoh sebulan mencecah sehingga RM2,000.
"Sehingga kini, hanya bantuan dari Baitumal sahaja yang diterima iaitu lampin pakai buang dan susu.
"Bagaimanapun, bantuan itu bukan untuk jangka masa yang panjang kerana setiap lima bulan saya perlu memohon semula bantuan itu," ujarnya.
Menurutnya lagi, suaminya perlu mendapatkan rawatan fisioterapi dua minggu sekali di HKL dan berjumpa dengan doktor pakar untuk rawatan saraf setiap tiga bulan.
Bagi menampung perbelanjaan seharian dan perbelanjaan anak-anak yang masih belajar, Satona mengambil upah mengasuh anak jiran.
Dia menjelaskan, apa yang diperlukan kini adalah bantuan perubatan daripada pakar untuk memulihkan saraf otak suaminya.
"Saya berharap ada pakar perubatan yang tampil membantu suami saya agar kembali pulih seperti sedia kala.
"Pelbagai rawatan alternatif telah saya cuba namun keadaannya tiada perubahan," jelasnya.
Pasangan itu mempunyai tiga orang anak lelaki yang masih belajar iaitu Muhamad Khairil Haizad, 20; Muhamad Nazrin,19, dan Muhamad Hafiz,16.

Thursday, May 13, 2010

Al- fatihah untuk Ustaz Ashaari


Ashaari Muhammad Meninggal Dunia

TV SELANGOR


SHAH ALAM : Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2 petang berikutan jangkitan paru-paru.

Jenazah beliau dijangka dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.

Ashaari mengasaskan Pertubuhan Al-Arqam Ashaari sebelum diharamkan pada 1994 apabila ajarannya didapati menyeleweng daripada ajaran Islam.

Ashaari juga pernah dikenakan hukuman dibuang daerah.

Allahyarham pada suatu ketika dahulu mempunyai lebih 10,000 pengikutnya dan memiliki perkampungan mereka di Sungai Buluh.

13 Mei 1969 antara fakta dan kenyataan



Hari ini 13 Mei 2010. Pada tarikh ini tahun 1969 lalu, berlaku rusuhan antara kaum. Ramai yang tidak membaca sejarah peristiwa berdarah itu. Bagi yang masih tidak mempunyai maklumat tentang peristiwa 13 Mei 1969 yang tidak mahu kita lihat berlaku lagi, berikut ialah beberapa artikel yang saya jumpai dan saya salin untuk memberi kefahaman kepada yang tidak mempunyai maklumat mengenai peristiwa itu. Harap baca apa yang saya boldkan dalam kenyataan Akhbar oleh Hajjah Marina Yusoff di bawah:

Ketika berucap pada Majlis Menyambut Kepulangan Lim Guan Eng di Bukit Mertajam 29 September 1999 di Dewan Moral Uplifting Society yang dirakam Pemuda Umno, Naib Presiden Keadilan ketika itu, Marina Yusoff dilaporkan berkata:

"Saya nak cakap pada orang Melayu, Cina, India, punca 13 Mei dimulakan oleh Umno. Masa itu dirancang oleh pemimpin-pemimpin Umno dan Selangor diketuai oleh Datuk Harun (Idris).

"Jadi orang Cina jangan ingat dia sokong Barisan (Nasional) itu bagus kerana dulu orang Umno dalam Barisan yang membunuh orang Cina."



Dalam suatu wawancara pada April 1979 menjelang ulang tahun ke-10 peristiwa 13 Mei (Nadi Insan, 1 Mei 1979), jelas Tunku Abdul Rahman menganggap bahawa Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein telah mengkhianatinya (dikutip daripada prakata buku 13 Mei: Sebelum dan Selepas, 1969 terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd - gambar di sebelah adalah buku asal terbitan Utusan).

Dalam bukunya May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969, Kuala Lumpur, Dr Kua Kia Soong mendakwa, rusuhan tersebut adalah satu pakatan yang dirancangkan oleh kelas pemerintah kapitalis menentang kelas aristokrat yang dipimpini Tunku. Beliau seterusnya mendakwa, gerakan yang mahu menjatuhkan kepimpinan Tunku diketuai oleh timbalannya, Tun Abdul Razak.

Apa yang menjadi persoalan ialah kenapakah Marina dan Dr Kua tidak dibicarakan habis-habisan serta dijatuhkan apa jua hukuman berikutan dakwaan mereka itu? Apakah yang dibimbangi oleh pihak yang mahu mendakwa? (Sila klik imej Utusan Malaysia di atas untuk besarkan) Kenyataan Akhbar oleh Hajjah Marina Yusoff

Sedar dan Besarlah Hishammuddin

Saya merujuk kenyataan di dalam akhbar New Straits Tsimes bertarikh Rabu, 6 Oktober 1999 serta laporan polis yang dibuat ke atas saya oleh Pemangku Ketua Pemuda UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Hussein yang merujuk kepada ucapan yang dibuat oleh saya di Pulau Pinang pada 29 September 1999.

Laporan akhbar New Straits Times pada 6hb Oktober 1999 dan media yang di-kuasai Kerajaan , termasuk Utusan Malaysia bertarikh 11 hb dan 12 hb Oktober 1999, adalah salah, mengelirukan dan juga berniat jahat serta bertujuan untuk menimbulkan hubungan buruk antara kaum. Hakikat bahawa pembohongan buruk ini yang telah menyebabkan Datuk Harun terlantar di hospital adalah suatu perkara yang amat serius dan seandainya berlaku sesuatu kepada Datuk Harun, saya memegang pihak UMNOlah yang bertanggungjawab, terutamanya Datuk
Hishammuddin dan pasukan pemuda UMNOnya.



Saya amat memandang berat perkara ini dan tindakan yang tidak bertanggungjawab dalam memutar –belitkan keadaan sehingga menjadikannya suatu pembohongan jahat yang berhasrat untuk menimbulkan hubungan buruk antara saya dan Datuk Harun. Datuk Harun adalah pelanggan saya dalam satu kes undang-undang di mana Kerajaan dan pihak berkuasa telah gagal melaksanakan keadilan. Ini berlaku apabila beliau hampir tamat menjalani hukuman penjara dan hampir dibebaskan, pihak berkuasa dengan sengaja dan secara tidak sah mengubah dokumen penjara dengan memadamkan perkataan “serentak” (concurrent) dan menggantikannya dengan perkataan “berturutan” (consecutive), dengan itu memanjangkan hukuman penjaranya. Ini mengakibatkan ketidakadilan terhadap Datuk Harun.

Seperti yang diketahui umum, Datuk Harun pada pertengahan tujuh-puluhan, begitu berkuasa dan popular dan mungkin menjadi calun untuk Perdana Menteri. Pendakwaan memilih telah dilakukan terhadapnya untuk menjadikannya mangsa dan menghapuskan kareer politiknya, seperti yang berlaku terhdapa Datuk Seri Anwar.

Saya juga berpendapat kenyataan Datuk Seri Dr Mahathir sekiranya Barisan Nasional tidak memenangi Pilihanraya Umum nanti akan berlaku tumpahan darah seperti peristiwa 13 Mei sebagai ugutan terhadap masyarakat Cina dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Hasutan serta satu ancaman keselamatan terhadap negara.

Dengan menamakan saya sebagai pembelot kerana berani menyatakan kebenaran terhadap salah laku UMNO adalah amat tidak patut. Pembelot sebenar adalah Datuk Hishammuddin sendiri yang belot kepada perjuangan politik bapa serta datuknya, Datuk Onn bin Jaafar. Bapanya, Tun Hussein Onn telah disalahkan oleh Dr Mahthir yang dalam antara lain skandal Maminco. Ini telah menghancurkan hatinya dan beliau menyesali tindakannya melantik Dr Mahathir sebagai penggantinya dan telah cuba sedaya upayanya untuk membetulkan kesilapannya. Bahkan semasa beliau meninggal dunia beliau tidak menyertai UMNO Baru di bawah kepimpinan Dr Mahathir. Dalam masa perjuangannya yang diteruskan dan dilaksanakan oleh Tengku Razaleigh, Datuk Hishammuddin masih terlalu kecil dan mentah untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, terutamanya rusuhan 13 Mei.

Saya bertugas di Kuala Lumpur sebagai Peguamcara Jabatan, di Jabatan Amanah Raya pada 13 Mei 1969. Pada pagi itu beberapa orang termasuk dari Pemuda UMNO telah datang menemui saya dan menyuruh saya pulang secepat mungkin. Mereka memberitahu saya bahawa rusuhan akan berlaku oleh kerana semua pemuda Melayu telah dipanggil dan berhimpun secara besar-besaran di Kampong Baru. Disebabkan hasutan dari parti pembangkang yang menang, pemuda Melayu telah merusuh.

Sungguhpun UMNO mungkin tidak menjangka peristiwa tersebut akan mengakibatkan pembunuhan dan tumpah darah, merekalah yang seharusnya bertanggungjawab terhadap peristiwa ini. Pihak yang berkuasa terutamanya pihak Polis sedar apa yang berlaku oleh kerana mereka telah mengeluarkan permit kepada UMNO untuk mengadakan perhimpunan dan perarakan di bandar. Dengan yang demikian pihak polis juga adalah sama bertanggungjawab kerana gagal mengawal keadaan.

Sekiranya UMNO Baru dan sayap Pemudanya terus menyalahgunakan undang-undang dan proses Kehakiman untuk kepentingan politik mereka dan menekan sesiapa yang menentang mereka, pada masa yang bersesuaian, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Hishammuddin serta mereka yang bertanggungjawab terhadap pembohongan dan kenyataan palsu serta aduan polis yang palsu terhadap saya serta akibat dan kesan dari tindakan tidak bertanggungjawab mereka terhadap orang lain, seperti Datuk Harun.

Hajjah Marina Yusoff
Naib Presiden,
Parti Keadilan Nasional
11 Oktober 1999

Ketika rusuhan antara kaum itu bermaharajalela terutamanya di Kuala Lumpur, apa terjadi di Kelantan? Berikut ialah sebahagian dari penulisan mengenai 13 Mei 1969 di Kelantan:

Ketika itu, ketegangan akibat rasukan perkauman menjalar ke seluruh negara. Namun semua itu hampir tidak berlaku di Kelantan. Kalau ada pun, cetusan itu cepat-cepat dipadamkan oleh kerajaan PAS di Kelantan ketika itu.

Tidak dinafikan bahang rusuhan kaum itu mendorong kira-kira 50 hingga 60 orang pemuda berkumpul di atas Jambatan Yahya Petra. Menurut bekas Setiausaha Agung PAS yang juga pembantu kanan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Ustaz Salahuddin Abdullah, dengan penuh semangat pemuda-pemuda itu dibakar dengan kata-kata "jangan biar orang-orang Melayu di Selangor dianiayai dan tak ada pembelaan kita".

Salahuddin mendakwa, pemuda-pemuda itu, termasuk dari Umno dan PAS, diapi-apikan beberapa pemimpin Umno Kelantan.

Mendengar kekecohan itu, Allahyarham Tan Sri Asri Muda yang ketika itu menjadi Menteri Besar Kelantan meminta Salahuddin dan beberapa yang lain pergi memujuk para pemuda itu. Setelah dipujuk, mereka dibawa ke kediaman Menteri Besar yang terkenal dengan panggilan JKR10.

Ketika di bawa ke JKR10, kira-kira 100 orang berhimpun termasuk pemuda-pemuda yang dipujuk itu. "Mereka dijamu dengan mee dan nasi lemak," kata Salahuddin.

Asri menjelaskan kepada mereka bahawa PAS yang ketika itu memerintah Kelantan berjuang berdasarkan landasan Islam. PAS, katanya, sentiasa tunduk kepada ajaran Islam. Beliau menasihatkan mereka supaya berwaspada dan jangan terjebak dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam termasuk hasutan rusuhan perkauman.

Ketika pertemuan itu berlangsung, seorang kontraktor yang banyak melaksanakan projek-projek membuat jalan di Kelantan tanpa sebarang bayaran awal dari kerajaan negeri ketika itu (dia buat dahulu, kira hutanglah tu), Chua Say Paw, datang le JKR10. Sebelum datang ke kediaman Menteri Besar itu, beliau tidak tahu-menahu tentang kejadian yang berlaku dan datang kerana urusan lain.

Asri terus memanggil beliau ke hadapan dan memberitahu jika berlaku kejadian menganiaya kaum Cina di mana-mana tempat di Kelantan, beliau akan pegang penghulu tempat berkenaan. Menteri Besar itu tak mahu dengar apa-apa berlaku.

Sambil memandang Chua yang dianggap tauke besar di Kelantan ketika itu, Asri juga memberi jaminan tidak ada apa-apa yang akan berlaku ke atas kaum Cina di Kelantan di mana PAS memerintah.

Selepas itu, kehidupan seharian di Kelantan berjalan seperti biasa.

Benarlah kata Menteri Besar Kelantan kini, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sepanjang rusuhan perkauman pada tahun 1969 itu, "bulu roma orang Cina pun tak gugur di Kelantan"

Program realiti jual dara

LAS VEGAS: Sebuah program realiti yang bakal diterbitkan tidak lama lagi akan menyaksikan gadis dan lelaki remaja melelongkan dara dan teruna mereka kepada pembida paling tinggi.
SEORANG gadis antara yang menawarkan dirinya untuk dilelong.
SEORANG gadis antara yang menawarkan dirinya untuk dilelong.
Program berkenaan akan diteribitkan oleh penerbit dokumentari, John Sisely yang sebelum ini dipaksa meninggalkan Australia selepas pihak berkuasa negara itu mengancam mendakwanya berhubung projek itu.

Dia kemudian memindahkan projek berkenaan ke Nevada, Amerika Syarikat, tempat terletaknya ‘bandar dosa,’ Las Vegas.

Siseley berharap memperoleh pembeli dalam lelongan yang akan disiarkan secara langsung dari sebuah rumah pelacuran.

Sisely menghabiskan masa lebih setahun mencari peserta lelaki dan wanita yang masih dara untuk menjual diri mereka di depan kamera.
Bercakap kali pertama sejak memilih peserta, Siseley berkata dia akan membayar setiap peserta sebanyak AS$20,000 (RM65,000).

Peserta juga akan menerima 90 peratus daripada harga jualan mereka. Baki 10 peratus itu akan diserahkan kepada rumah pelacuran itu.
Penerbit filem yang berpusat di Melbourne itu mengadakan saringan di Sydney tahun lalu dengan poster berbunyi ‘Dara Dikehendaki’ yang berlatarbelakangkan imej Virgin Mary.

Katanya: “Bahagian paling sukar ialah memberitahu ibu bapa. Mereka membenci saya.”

Seorang pelayan yang menggunakan nama samaran Veronica berkata, ibu bapanya begitu marah apabila dia mendedahkan hasrat untuk menjual dirinya.

Katanya, dia bersetuju menyertai projek kontroversi itu kerana mahukan wang dan menukarkan tanggapan terhadap seks.

“Secara teknikalnya, saya menjual dara saya untuk wang. Secara teknikalnya juga, ia akan diklasifikasikan sebagai pelacuran. Tetapi ia tidak akan berlarutan.

“Kerana itu, pada pendapat saya, saya tidak akan menjadi pelacur.”

Seorang peserta lelaki yang dikenali sebagai Alex, 20 berkata, dia menyertai projek itu sebagai cara untuk berkenalan dengan seseorang.

Seorang lagi calon, Ronan, berkata, dia sudah bosan menunggu calon sesuai untuk menjadi teman wanita dan akan menimbang sebarang tawaran.

Calon ketiga pula yang menamakan dirinya John berkata, dia bersedia mengadakan seks dengan pembida lelaki mahupun wanita.

“Wang adalah insentif yang baik tetapi saya lebih teruja dengan perjalanan projek itu,” katanya.

Projek berkenaan mencetuskan kemarahan aktivis keluarga.

Seorang senator di Australia menyifatkannya sebagai tidak masuk akal, mengarut dan meloyakan. - Agensi

Keanehan di langit Perth



GAMBAR menunjukkan seorang jurugambar amatur merakamkan sebuah objek ganjil di langit Perth, Australia.


PERTH, Australia - "Adakah sesuatu yang aneh berlaku di ruang angkasa di sini?", soal sebuah akhbar kelmarin.
Seorang lelaki yang cuma mahu dikenali sebagai Mark menganggap berlaku keanehan di ruang angkasa Perth setelah dia merakamkan beberapa objek ganjil di sekitar bandar raya itu.
"Kebanyakan orang hanya meluangkan masa untuk melihat di sekeliling mereka.
"Namun, mereka jarang mendongak ke langit sedangkan perkara aneh dan menarik berlaku di langit pada setiap masa," kata Mark yang merakamkan gambar di langit Perth lebih 10 tahun lalu.
"Sesetengah benda yang saya rakam kelihatan aneh dan saya tidak dapat menerangkannya," tambahnya. - Agensi

Musa Hassan marah Saiful



MOHD. SAIFUL hadir pada perbicaraan kes liwatnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengaku ada menghubungi Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan bagi menceritakan masalah dirinya yang mendakwa diliwat dan dianiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa kali.
Bagaimanapun, dakwa Mohd. Saiful, 25, dalam perbualan telefon selama seminit itu, Musa bukan sahaja memarahinya malah turut melarang dia menghubungi beliau lagi selepas itu.
Bekas pembantu Anwar itu berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Karpal Singh dalam perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang itu di Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Karpal: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan ada hubungi kamu?
Mohd. Saiful: Saya yang hubungi dia kerana saya telah dianiaya.
Saya telefon Musa pada pagi 25 Jun 2008 untuk ceritakan masalah saya, tapi tak sampai seminit sebab dia letakkan telefon.
Itu saja?
Ya, Musa marah saya jangan telefon, mungkin dia ingat itu panggilan main-main.
Siapa beri nombor telefon dia?
Saya terdengar perbualan di rumah Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak), waktu itu Najib ada minta nombor telefon Musa daripada seseorang.
Berhubung soalan Karpal sama ada saksi mengenali bekas Setiausaha Politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Noor, Mohd. Saiful menjawab kenal tapi bukan kawan.
Di antara 26 dan 28 Jun 2008, ada jumpa Ezam?
Ya, saya jumpa dia pada 27 Jun 2008, di antara pukul 12 dan 1 pagi di Bandar Tasik Puteri, Rawang bersama Rahimi dan bapa saudara, Tuah.
Ada apa perbincangan dengan Ezam?
Saya beritahu Ezam yang saya telah dianiaya Anwar.
Terdahulu, saksi memberitahu, dia telah dibawa ke kediaman Najib oleh pembantu khas Perdana Menteri pada ketika itu, Khairil Anas pada pukul 8 malam, 24 Jun 2008.

Polis tidak akan mohon maaf



SHAH ALAM - Walaupun keluarga Aminulrasyid Amzah, 15, mendesak supaya polis memohon maaf atas kematian arwah remaja itu akibat terkena tembakan anggota perondanya namun permintaan itu enggan dilayan oleh pihak berkuasa itu.
Sebaliknya, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berpendapat, individu yang patut memohon maaf berhubung kejadian itu adalah individu yang membenarkan arwah remaja tersebut memandu kereta pada hari kejadian.
Ini kerana, menurut beliau, individu tersebut pasti mengetahui arwah Aminulrasyid tiada lesen memandu dan tidak seharusnya dibiarkan memandu kenderaan walaupun dalam apa keadaan sekalipun.
"Saya enggan minta maaf kerana ketika kejadian anggota polis yang terlibat hanya menjalankan tugas.
"Mujur tiada orang awam yang cedera teruk atau mati akibat dilanggar oleh arwah yang tiada lesen memandu semasa melarikan diri daripada orang awam dan juga polis," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Wednesday, May 12, 2010

Mohd. Saiful jumpa Ezam sebelum buat laporan polis



12/05/2010 3:19pm

KUALA LUMPUR 12 Mei — Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau ada berjumpa dengan bekas Setiausaha Politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Noor pada 27 Jun 2008 untuk mengadu tentang penganiayaan yang berlaku kepadanya.
Mohd Saiful, 25, saksi utama pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu berkata beliau dibawa oleh rakannya bernama Rahimi dan juga pakciknya bernama Tuah Mohamad untuk berjumpa Mohamad Ezam di rumahnya di Bandar Tasik Puteri, Rawang.
Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar, sama ada beliau mengenali Mohamad Ezam sebelum itu, Mohd Saiful berkata beliau hanya kenal Mohamad Ezam begitu sahaja sebagai kawan.
Bekas pembantu kepada Anwar itu berkata pertemuan dengan Mohamad Ezam pada lewat malam 27 Jun itu hanya berakhir keesokan paginya. - Bernama

Tokoh Temberang


Zainuddin Maidin Terima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang menerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang sempena ulang tahun ke-64 Umno, menyifatkan anugerah itu sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau selama 40 tahun dalam dunia kewartawanan dan dunia politik yang singkat.

Beliau berkata kepimpinan Umno telah menjadikan hidupnya lebih berharga kerana memberi sesuatu yang tidak pernah dicita-citakan sebelum ini.

Zainuddin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima anugerah itu daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis sambutan ulang tahun ke-64 Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam Selasa.

"Saya sekali lagi dilimpahi rahmat Allah untuk mendapat apa yang tidak merupakan cita-cita saya dalam hidup saya daripada awal saya jadi wartawan. Kemudian saya tidak ingat nak menjadi ketua pengarang... saya menjadi ketua pengarang.

"Kemudian jadi senator. Setakat itulah saya ingat. Kemudian Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) melantik saya menjadi Setiausaha Parlimen. Setiap tahun saya naik pangkat. Kemudian jadi timbalan menteri dan seterusnya Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) melantik saya menjadi menteri penuh. Semua ini adalah di luar buku kehidupan saya," katanya penuh kesyukuran.

Zainuddin, 71, berkata anugerah itu juga adalah pengiktirafan kepada Utusan Melayu yang dianggap sebagai universiti beliau.

Ditanya tentang perancangannya selepas ini, Zainuddin berkata beliau tidak mempunyai sebarang perancangan.

"Bagaimanapun saya sedang ditugaskan oleh Utusan Melayu untuk menulis sejarah Utusan Melayu yang perlu disiapkan dalam masa 18 bulan. Saya juga kini menjadi Karyawan Tamu di Institut Tun Dr Mahathir di Universiti Utara Malaysia," katanya.

Zainuddin yang dilahirkan di Kota Kuala Muda Kedah pada tahun 1939, memperoleh Diploma Kewartawanan dari Institute Journalism, Jerman pada tahun 1969 dan Fellowship Kewartawanan Profesional dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat pada tahun 1981.

Beliau juga pernah menjadi ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu sebelum dilantik sebagai senator, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan Menteri Penerangan.

Zainuddin terkenal secara provokatif menerusi ruangan pojok "Awang Selamat" dalam Mingguan Malaysia selain turut menentang puak pelampau Melayu dan bukan Melayu.

Beliau turut menulis beberapa buah buku termasuk "Yang Pertama dan Terakhir", "Mahathir Di Sebalik Tabir", "Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot" dan "Wira Tidak Didendang."

Nur Amnie perlu bantuan segera





NUR Amnie menderita jantung berlubang bersama ibu bapanya, Bakar Kuinin dan Norali Basri di Kuching, Sarawak, semalam. - UTUSAN/MUHAMAD ZAID ADNAN


KUCHING 11 Mei - Pertama kali bertemu dengan Nur Amnie Bakar dari Kampung Malaysia Jaya di sini, dia kelihatan seperti kanak-kanak normal lain yang ceria dan mudah didekati.
Namun di sebalik riak ceria kanak- kanak berusia empat tahun itu, dia sebenarnya menanggung penderitaan akibat penyakit jantung berlubang dan saluran darah sempit sejak dilahirkan.
Akibat penyakitnya itu, badan Amnie selalu kebiru-biruan dan pergerakan anak bongsu daripada empat beradik berkenaan terbatas bagi mengelak dia mudah diserang lelah sekiranya terlalu aktif bergerak.
Selain itu, anak kepada pasangan Bakar Kuinin, 50, dan Norali Basri, 38, itu juga mudah diserang demam selesema yang berlarutan jika terdedah pada keadaan cuaca melampau yang mengambil masa selama dua minggu untuk pulih.
Bagaimana setelah empat tahun menanggung derita, tibalah masa bagi Amnie menjalani pembedahan kerana doktor pakar yang merawatnya selama ini memberitahu lubang jantungnya semakin membesar dan saluran darahnya semakin mengecil.
Justeru, Amnie dijadualkan mengalami pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada penghujung bulan ini bagi menutup lubang jantung itu dan membesarkan saluran darahnya.
Namun bagi ibu bapa Amnie, kos pembedahan yang dianggarkan melebihi RM30,000 itu ibarat tembok penghalang bagi mereka untuk melihat anaknya kembali sihat seperti kanak-kanak lain
Menurut Norali, dia dan suaminya hanya memperoleh pendapatan sebanyak RM700 sebulan sedangkan pada masa yang sama mereka juga perlu menyara tiga lagi anak yang masih bersekolah.
Katanya, suaminya terpaksa berhenti kerja sejak tiga bulan lalu bagi menjaga anaknya itu yang masih bergantung pada ubat 'propranolol' yang perlu dimakan tiga kali setiap hari bagi mengelak warna badannya bertukar menjadi kebiru-biruan.
''Justeru saya amat berharap keprihatinan orang ramai bagi membiayai kos pembedahan anak dan kos penginapan serta makan minum kami berdua sepanjang berada di Kuala Lumpur.
''Saya tidak mempunyai saudara di Kuala Lumpur untuk menumpang walaupun pihak kebajikan sosial Hospital Umum Sarawak (HUS) sedia membantu kami dua beranak terbang ke Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Norali memberitahu, setakat ini dia hanya menerima bantuan RM624 daripada Tabung Baitulmal Sarawak namun jumlah itu tidak mencukupi.
Katanya, pendapatannya sebagai pembantu restoran yang bekerja dari pukul 7 pagi hingga 3 petang juga tidak mencukupi bagi membiayai kos pembedahan Amnie.
''Saya harap dengan sumbangan itu akan membantu menyelesaikan masalah Amnie kerana apa yang saya dan suami mahu hanyalah untuk melihat dia dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain," katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Norali di talian 012-8767324 atau 082-447817.

20 tahun menanti, akhirnya 257 dapat kunci



Idris Haron menyampaikan replika kunci kepada sebahagian pembeli rumah pada majlis Penyerahan Kunci Rumah Penduduk Taman Pelangi, Sikamat, semalam.


SEREMBAN 11 Mei - Kira-kira 257 pembeli rumah kos rendah dan sederhana di Taman Pelangi, Sikamat di sini mampu menarik nafas lega apabila menerima kunci rumah masing-masing hari ini sekali gus mengakhiri penantian mereka selama 20 tahun.
Projek berkenaan telah terbengkalai pada tahun 1990 ketika pembinaan baru siap pada tahap 55 hingga 80 peratus, sebelum diambil alih oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada 2007.
Sehubungan itu, SPNB telah mengambil inisiatif untuk membaik pulih projek tersebut dengan menyiapkan 320 rumah jenis kos rendah dan sederhana di taman berkenaan seluas 11.3 hektar yang menelan kos sebanyak RM9.8 juta.
Seorang pembeli, Rojeah Abdullah, 46, berkata, dia berasa gembira dan bersyukur kerana penantian 20 tahun untuk memiliki rumah berkenaan akhirnya menjadi realiti.
''Saya rasa lega sangat kerana rumah yang saya beli 20 tahun lalu sudah siap dan sudah boleh didiami.
''Tempoh 20 tahun terlalu lama. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya SPNB kerana mengambil berat terhadap nasib rakyat," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas majlis Penyerahan Kunci Rumah Penduduk Taman Pelangi, Sikamat di sini hari ini.
Majlis tersebut telah dirasmikan dan disempurnakan oleh Pengerusi SPNB, Datuk Ir. Idris Haron.
Menurut seorang lagi pembeli, Chong Ying Fong, 26, sukar untuk dia menggambarkan perasaan sebaik dimaklumkan rumah yang dibeli bapanya 20 tahun lalu kini sudah siap.
''Mungkin gembira dan juga sedikit sedih. Ini kerana, rumah ini dibeli oleh bapa saya pada tahun 1990 ketika saya berusia enam tahun.
''Tetapi apa yang menyedihkan, bapa saya tidak sempat untuk tinggal di rumah ini kerana dia telah meninggal dunia," jelasnya.
Seorang lagi pembeli, P. Selvam, 53, berkata, dia tidak sangka berpeluang untuk memiliki rumah berkenaan selepas ditinggalkan terbengkalai untuk satu tempoh yang lama.
''Buat masa ini, saya masih menetap di Kuala Lumpur dan akan berpindah ke sini sebaik sahaja bersara dalam tempoh dua tahun lagi.
''Saya berasa amat lega dan gembira setelah dimaklumkan rumah ini telah siap dibina dan sedia untuk didiami," jelasnya.

Tuesday, May 11, 2010

Tak ada kerja habiskan usia dengan sia-sia


Berbasikal dari China ke Rusia


MOHD. Yasin (kanan) mengamin doa bersama Zahariz di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Berbekalkan semangat Malaysia Boleh, Zahariz Khuzaimah, 30, akan berbasikal merentasi benua Asia bermula dari Litang di Wilayah Sichuan, China hingga ke Omsk, Rusia mulai 18 Mei ini.
Bekas pensyarah di sebuah kolej swasta itu dijangka menempuh laluan sukar sepanjang 10,000 kilometer menaiki basikal MountainBike termasuk melalui lembah paling dalam di dunia di Yunan yang turut dikenali sebagai Tiger Leaping George.
Zahariz juga akan terpaksa merentasi kawasan tertinggi di dunia iaitu Tibet, banjaran Himalaya, laluan sutera, banjaran Karakarom, pergunungan Altai dan melalui sempadan Pakistan serta Afganistan.
"Tujuan saya melakukan ekspedisi sukar ini adalah untuk mengharumkan nama negara di mata dunia selain memperkenalkan budaya orang Melayu kepada bangsa-bangsa asing," katanya kepada pemberita selepas upacara pelancaran ekspedisi itu oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohd. Yasin Mohd. Salleh di sini semalam.
Menurut Zahariz, dia sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal untuk melakukan ekspedisi itu kerana telah melakukan latihan dan persediaan sejak dua bulan lalu.

Wajah penembak Aminulrasyid

KOPERAL Jenain Subi dikawal ketat oleh anggota polis ketika di bawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk didakwa atas tuduhan menyebabkan kematian seorang pelajar Aminulrasyid Amzah 15, pada 26 April lalu di seksyen 11 Shah Alam. 10 Mei - Utusan/SHARUDDIN ABDULLAH

Inilah wajah orang yang menembak Aminulrasyid. kalaulah yang 
ditembak itu terkena anaknya sendiri barulah dia tahu bagaimana perasaan
ibubapa Aminulrasyid sekarang. bukan senang hendak membesarkan anak
sehingga umur 15 tahun. bagaimana pilunya hati mereka dengan kehilangan
anak. Matinya anak mereka dengan ditembak dikepala.

Rasuah lagi ....almaklumlah nak pilihanraya


RM1 bilion atasi banjir – TPM





Muhyiddin Yassin bersalaman dengan murid-murid Sekolah Agama Sibu semasa menghadiri majlis perjumpaan dengan PIBG di sekolah tersebut, semalam.



SIBU 10 Mei – Penduduk Sibu diberi jaminan yang kerajaan akan melaksanakan projek perparitan dan tebatan banjir bernilai lebih RM1 bilion sehingga masalah itu selesai, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, kerja-kerja untuk fasa pertama projek itu yang membabitkan peruntukan RM300 juta telah berjalan dan dijangka siap dalam masa dua tahun.
Katanya, usaha mengurangkan masalah banjir di Sibu akan dilaksanakan melalui satu pelan menyeluruh yang telah disediakan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan anggaran kos RM1 bilion.
“Saya hendak beri jaminan yang projek ini akan berterusan sehingga siap tetapi ia mungkin menjangkau ke dalam Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK-10) dan RMK-11 kerana ia melibatkan kawasan bandar dan pinggir bandar,” katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan Agama Sibu, dekat sini, hari ini.
Masalah banjir merupakan antara isu utama yang diperkatakan oleh pembangkang menjelang Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu Ahad ini, selain isu pendidikan dan kemudahan prasarana asas di pedalaman.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan bersimpati dengan masalah banjir yang melanda bandar ini sejak lebih 50 tahun lalu kerana kawasan ini terletak di kawasan rendah tanah gambut.
“Kita memberi keutamaan paling tinggi mengenai isu banjir di Sibu dan berharap penduduk bersabar sementara kerajaan berusaha menanganinya,” katanya.
Muhyiddin berkata, kerajaan menyedari isu banjir dieksploitasi pembangkang pada kempen pilihan raya untuk meraih pengundi kerana mereka sendiri mengetahui ia bukanlah satu isu yang mudah untuk ditangani.
Dalam pertemuan hari ini, beberapa wakil sekolah sekitar bandar ini mengambil peluang mengemukakan masalah sekolah masing-masing dan Muhyiddin berjanji kerajaan akan memberi keutamaan kepada sekolah yang sangat memerlukan bantuan.
Beliau juga sebelum itu mengumumkan peruntukan RM500,000 untuk meningkat prasarana SK Agama Sibu yang disifatkannya antara sekolah terbaik di negeri ini.

Ustaz Azhar Idrus - Undi BN dapat Saham

Rakyat Palestin hidup melarat



TEMBOK sempadan kontroversi yang memisahkan kem pelarian Shuafat (kiri) di Tebing Barat dengan Pisgat Zeev di wilayah yang diduduki oleh Israel di Baitulmaqdis selepas menawannya dalam perang 1967. – REUTERS


BAITULMAQDIS 10 Mei – Kebanyakan penduduk Palestin di timur Baitulmaqdis, termasuk tiga daripada empat kanak-kanak, hidup di bawah garis kemiskinan kerana menjadi mangsa pengabaian dan diskriminasi oleh Israel.
Nasib penduduk Palestin di kota suci ini digambarkan dalam satu laporan yang disiarkan hari ini oleh sebuah pertubuhan hak asasi manusia Israel, Persatuan bagi Hak-Hak Sivil di Israel (ACRI).
ACRI menyiarkan laporannya itu ketika Israel memulakan sambutan untuk memperingati hari ulang tahun ke-43 rejim Zionis menawan timur Baitulmaqdis yang majoriti penduduknya Arab, pada 1967.
“Sebuah Baitulmaqdis bersatu tidak wujud. Sebenarnya dua kota wujud bersebelahan satu sama lain,” menurut laporan yang mencabar dakwaan Israel bahawa ia berjaya menyatukan kota suci in selepas menawan timur Baitulmaqdis dalam tindakan yang tidak diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.
Sebanyak 75 peratus kanak-kanak Palestin di timur Baitulmaqdis hidup dalam kemiskinan berbanding 45 peratus kanak-kanak Yahudi di kota suci ini.
“Lebih 95,000 kanak-kanak di timur Baitulmaqdis hidup dalam kemiskinan berterusan,” lapor ACRI.
Walaupun kemiskinan berleluasa, hanya 10 peratus daripada 300,000 penduduk di timur Baitulmaqdis mendapat bantuan kebajikan masyarakat.
“Dasar Israel sejak empat dekad lalu mengambil bentuk diskriminasi dalam perancangan dan pembinaan, rampasan tanah, dan pelaburan paling sedikit dalam penyediaan infrastruktur fizikal serta perkhidmatan kerajaan dan perbandaran,” menurut ACRI yang menuduh pihak berkuasa Israel mengabaikan setiap sektor kehidupan penduduk Arab di kota suci.
Israel merampas lebih satu pertiga tanah di timur Baitulmaqdis daripada pemilik persendirian Palestin dan lebih 50,000 rumah Yahudi dibina di atas tanah yang dirampas itu.
Pada akhir 2009, kira-kira 303,429 penduduk Palestin tinggal di timur Baitulmaqdis, bersamaan dengan 36 peratus daripada keseluruhan penduduk kota suci berjumlah 835,450 orang.
Israel menuntut seluruh Baitulmaqdis sebagai ibu negaranya yang ‘abadi’ sementara Palestin mahu menjadikan timur Baitulmaqdis sebagai ibu negara mereka pada masa depan. – AFP

Perkasa buat laporan polis terhadap Nik Aziz, Guan Eng



SHAH ALAM 10 Mei - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Laporan polis itu dibuat ekoran kenyataan Nik Abdul Aziz yang menganggap individu yang melarang masjid digunakan sebagai tempat politik, sebagai 'bodoh.
Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abdullah Mansor berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu jelas tidak bertanggungjawab selain mencabar kuasa Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam negeri yang menitahkan larangan supaya masjid dan surau tidak dijadikan kawasan berpolitik.
"Sehingga hari ini kita tidak menerima sebarang kenyataan maaf daripada beliau. Jadi hari ini kita membuat laporan polis dan meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada beliau.
"Nik Abdul Aziz telah mengingkari dan mempertikaikan perintah Sultan Selangor sekali gus tidak mematuhi Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1996," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Nik Abdul Aziz di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini hari ini.
Turut hadir Naib Yang Dipertua Perkasa Selangor, Datuk Amir Hamzah Mohd. serta 10 pemimpin pertubuhan itu.
Nik Abdul Aziz dalam ceramahnya di Tumpat, Kelantan baru-baru ini menyifatkan individu yang enggan membenarkan masjid digunakan untuk berpolitik sebagai 'bodoh'.
Pada 1 Mei lalu, Sultan Selangor menjelaskan larangan agar masjid tidak digunakan sebagai pentas politik bertujuan menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadat itu.
Penjelasan itu dititahkan oleh baginda memandangkan ada sesetengah ahli politik mempertikaikan larangan tersebut selain menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.
Dalam pada itu, Abdullah turut memberitahu, selain laporan polis terhadap Nik Abdul Aziz, pihaknya turut mengambil tindakan yang sama terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menganggap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak layak memegang jawatan tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurutnya, kenyataan Guan Eng pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Khamis lalu adalah satu tindakan prejudis serta menghasut yang boleh menimbulkan keadaan tidak tenteram serta persepsi buruk terhadap PDRM yang merupakan institusi menjaga keselamatan di negara ini.
Malah, katanya, kenyataan Guan Eng itu juga merupakan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang memperkenankan pelantikan Musa sebagai Ketua Polis Negara.
Dalam masa yang sama, pihaknya mahu Guan Eng berhenti daripada menggunakan nama Kalifah Umar Abdul Aziz dalam ucapan, penerbitan dan sebarang bentuk komunikasi yang disifatkan mencemarkan nama baik khalifah Islam serta perasaan umat Islam di negara ini.
"Guan Eng dilihat menyalahgunakan sewenang-wenangnya nama khalifah Islam itu untuk kepentingan politik. Malah kepimpinan beliau juga tidak menggambarkan keperibadian khalifah Islam itu.
"Kita mahu beliau berhenti menggunakan nama Khalifah Umar Abdul Aziz kerana kita khuatir ia akan mengelirukan golongan muda daripada kalangan umat Islam," tegasnya.

Malaysia bukan negara kuku besi - Tun Mahathir



KUALA LUMPUR 10 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menolak dakwaan pemimpin pembangkang bahawa Malaysia adalah sebuah negara kuku besi kerana pembangkang tidak mampu membentuk sebuah kerajaan.
"Pembangkang kata kita adalah sebuah negara kuku besi kerana mempunyai parti sama memerintah negara sejak kemerdekaan tetapi kita melihat pembangkang mempunyai peluang untuk menang di semua peringkat pilihan raya.
"Mereka juga mampu membentuk kerajaan (di beberapa negeri). Ini mebuktikan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi kerana pembangkang sebenarnya boleh menang," katanya semasa menyampaikan cermah bertajuk Peneraju Tadbir Urus - Imbasan Pengalaman Malaysia di sini hari ini.
Ceramah ulang tahun ke-50 itu anjuran Institut Setiausaha dan Pentadbiran Berkanun Malaysia.
Dr. Mahathir juga menekakan pentingnya Barisan Nasional (BN) menguasai semula dua pertiga majoriti di Parlimen supaya memiliki kuasa seimbang agar dapat mentadbir negara tanpa banyak halangan daripada pembangkang.
"Memiliki majoriti dua pertiga juga penting kerana ia mengimbangi kuasa menentang oleh pembangkang dan kuasa kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai parti pemerintah," katanya.
Dr. Mahathir berkata, seorang pemimpin cemerlang bukan sahaja mempunyai idea bernas tetapi juga tahu bagaimana melaksanakan idea tersebut.
"Misalnya, pelabuhan kita, kita bina kemudahan yang amat baik di Pelabuhan Klang dan berbelanja berbilion ringgit untuk membinanya. Jadi kajian dilakukan dan mendapati sejumlah satu juta unit kontena atau bersamaan dua puluh kaki (TEU) dikendalikan di semua pelabuhan di Malaysia.
"Kami bertanya bagaimana Singapura mengendali 12 juta TEU...ini sudah pasti tidak betul, kami membelanja banyak wang untuk membina pelabuhan dan namum ia tidak berfungsi.
"Jadi kami beritahu menteri berkenaan supaya turun padang dan melihat pelabuhan sama ada ia berfungsi secara betul atau tidak...jika ada masalah biar kita selesaikan.
"Jika ia tidak cekap biarkan kita menjadikan pelabuhan kita cekap dan efisen dan hari ini kita mengendalikan kira-kira 15 juta TEU di semua pelabuhan di negara ini," katanya. - Bernama

Monday, May 10, 2010

Tak Mandi, Tak Sembahyang dan Tak berak!!! Kah! Kah ! Kah! Tak Kentut !!!

Saiful mengaku tidak solat selepas diliwat

KUALA LUMPUR: Saiful Bukhari Azlan yang disoal balas peguambela Karpal Singh pada perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengaku tidak solat langsung selepas diliwat bekas majikannya itu pada 26 Jun 2008.

Menjawab soalan Karpal bahawa beliau bukan seorang Islam yang baik kerana tidak menunaikan solat lima waktu yang diwajibkan, Saiful berkata beliau tidak dapat solat kerana beliau diliwat dan belum mandi wajib.


"Saya dalam keadaan darurat ketika itu," katanya.
Saiful juga mengakui beliau tidak mandi junub pada 27 dan 28 Jun sebelum ke Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun untuk membuat pemeriksaan. 

Lagi Mangsa Tembakan Polis Fail Saman RM 1 Juta

KLANG - Sejak tragedi Aminulrashid mendapat perhatian ramai, semakin ramai individu tampil membuat laporan polis berikutan gelagat polis yang didakwa sewenang-wenang melepas tembakan.
Kali ini, Siti Nasrinda Sumirin, 23, pula membuat pendedahan mendakwa ditembak polis di Klang Ogos tahun lalu dan menyebabkan kecederaan di pinggang manakala satu peluru mengenai tudungnya.

Sehubungan itu, beliau memfail saman RM1 juta lagi kerana mendakwa reputasinya terjejas berikutan kejadian berkenaan.

Beliau menuntut anggota polis yang menembak kepadanya dan tunang, menjalani kerja-kerja khidmat masyarakat selama dua tahun, sebagai pengajaran kepada anggota polis tidak mengulangi tabit itu.

Anggota polis yang didakwa berbuat demikian berpangkat korporal dan konstabel.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh peguamnya, M Manoharan, yang juga ahli dewan undangan negeri Kota Alam Shah.

Dalam tuntutannya, Ketua Polis Daerah Klang, Ketua Polis Selangor dan Ketua Polis Negara, dua anggota polis itu dan kerajaan dinamakan sebagai defendan.

Selain tuntutan RM1 juta, tunang yang kini suaminya juga menuntut bayaran RM500,000.
-tvsel

politik UMNO


Perkasa Pontian buat laporan polis terhadap Lim Guan Eng

PONTIAN 9 Mei - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) cawangan Pontian membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana didakwa menghina pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian oleh Ketua Penerangannya, Haron Mohd. Amin di sini petang semalam.
Turut hadir, Pengerusinya, Datuk Ahmad Kosnan.
Dalam laporan itu, Perkasa menyifatkan Guan Eng telah mempersendakan tugas dan kredibiliti Ketua Polis Negara sebagai satu penghinaan kepada PDRM.
Sehubungan itu, Perkasa Pontian meminta Guan Eng menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada Tan Sri Musa Hassan dan seluruh anggota polis di negara ini.
"Kami melabelkan Guan Eng sebagai ejen propaganda dan merosakkan kedaulatan negara ini," demikian menurut laporan tersebut.
Guan Eng pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Khamis lalu dilaporkan menganggap Musa tidak layak memegang jawatan tertinggi dalam PDRM kerana gagal menjadikan pasukan itu benar-benar cekap untuk melaksanakan tugas menjaga keamanan.
Beliau didakwa berkata, kes kematian remaja Aminulrasyid Amzah, 15, membuktikan anggota-anggota polis terlibat telah bertindak tanpa membuat pertimbangan yang wajar.
Perkasa Pontian juga menghantar memorandum kepada kerajaan supaya Guan Eng dirujuk di bawah Akta Hasutan kerana menimbulkan kebencian orang ramai kepada PDRM.