Tuesday, February 25, 2014

Yingluck masih enggan letak jawatan


SEKUMPULAN penunjuk perasaan mengepung stesen televisyen kabel Voice TV milik keluarga Shinawatra di Bangkok semalam.- AP


BANGKOK - Perdana Menteri sementara Thailand, Yingluck Shinawatra semalam enggan meletak jawatan walaupun kerajaannya tertekan dengan beberapa serangan yang mengorbankan berpuluh-puluh penunjuk perasaan.
Yingluck yang menghadiri satu promosi perdagangan di Saraburi kira-kira 150 kilometer dari Bangkok juga menggesa satu dialog diadakan bagi menyelesaikan krisis di negara ini yang berlanjutan selama beberapa bulan.
"Sampai masa semua pihak duduk bersama dan berbincang bagi menyelesaikan krisis ini.
"Ramai pihak mahu saya meletak jawatan tetapi adakah tindakan itu akan menyelesaikan masalah itu (krisis politik)? Bagaimanakah jika ia menyebabkan satu kelompongan kuasa erlaku?,'' kata Yingluck.
Krisis di Thailand kini meragut hampir 20 nyawa dan semakin meruncing selepas para penunjuk perasaan antikerajaan berikrar untuk menumbangkan kerajaan Yingluck kerana beliau didakwa menjadi boneka kepada abangnya yang juga bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.
Bagaimanapun, tentera masih enggan campur tangan dalam krisis politik Thailand.
Kestabilan politik Thailand juga dilihat berada dalam keadaan tidak menentu ketika Yingluck memerintah kerajaan buat sementara waktu selepas pilihan raya umum diadakan pada 2 Februari lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya turut menangguhkan proses pengundian di beberapa kawasan parlimen sehingga April ini.
Pilihan raya itu diadakan bagi memilih kerajaan baharu yang bertujuan menyelesaikan krisis berkenaan.
Namun, krisis tersebut masih belum dapat diselesaikan selepas kumpulan penunjuk perasaan mengganggu pusat pembuangan undi di beberapa kawasan parlimen. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz2uHnhTKnX 
Hakcipta terpelihara 

Ukraine keluar waran tangkap

Ukraine keluar waran tangkap
Rumah agam mewah milik Yanukovych menjadi tarikan utama pengunjung sejak ia diserbu penunjuk perasaan, Sabtu lalu. 
25 Februari 2014 KIEV - UKRAINE. Kerajaan sementara Ukraine, mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Presiden Viktor Yanukovych atas tuduhan melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Selain itu, beliau juga didakwa meminta bantuan AS$35 bilion (RM115 bilion) dari Barat kononnya bagi memulihkan semula negara itu dari ambang kemelesetan ekonomi.

Pemangku Menteri Dalam Negeri, Arsen Avakov memaklumkan, kes jenayah difailkan ke atas Yanukovych dan beberapa pegawai beliau turut disenaraikan sebagai individu paling dikehendaki pihak berkuasa.

Yanukovych dilaporkan sedang bersembunyi setelah cubaannya untuk keluar dari Ukraine kelmarin gagal, laporan dipetik dari AFP.

Yingluck tinggalkan Bangkok


Seorang anggota tentera Thailand, melarang jurugambar merakam gambar lokasi letupan yang mengakibatkan dua beradik maut serta 24 yang lain cedera di sebuah lokasi popular di Bangkok, kelmarin. - AFP
BANGKOK 24 Feb. - Perdana Menteri sementara, Yingluck Shinawatra dilapor meninggalkan ibu negara Thailand dan kini berada di lokasi tidak dinyatakan, sejauh kira-kira 150 kilometer dari Bangkok.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya memaklumkan, beliau tidak berada di Bangkok kerana menjalankan tugas rasmi, jauh dari bandar raya yang menjadi tumpuan penunjuk perasaan antikerajaan.
Yingluck kali terakhir dilihat di Bangkok hampir seminggu lalu dan tidak dapat dipastikan tempoh beliau akan menjalankan tugas di luar bandar raya ini.
Timbalan Perdana Menteri, Surapong Tovichakchaikul berkata, Yingluck dijangka mengadakan mesyuarat Kabinet esok.
"Kemungkinan besar mesyuarat itu akan diadakan di luar Bangkok.
"Namun, lokasi pertemuan tersebut masih belum diketahui dan saya juga tidak dimaklumkan lokasi beliau berada," katanya kepada pemberita.
Sementara itu, ketua tentera Jeneral Prayuth Chan-ocha mengulangi pendiriannya untuk tidak melakukan rampasan kuasa selain meminta kesemua pihak yang terlibat mencari jalan penyelesaian secara baik bagi mengelakkan keganasan di negara ini berlarutan.
"Sudah tiba masanya semua pihak menyelesaikan konflik politik negara ini secara aman dan segera.
"Pihak tentera tidak akan campur tangan kerana tindakan rampasan kuasa boleh menyebabkan negara ini runtuh," katanya ketika membuat pengumuman melalui siaran televisyen tempatan Channel 5 TV. - REUTERS/DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140225/lu_02/Yingluck-tinggalkan-Bangkok#ixzz2uHdSKi4U
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, February 24, 2014

Tymoshenko puji rakyat


24 Februari 2014

Tymoshenko puji rakyat
Tymoshenko puji rakyat Tymoshenko berucap di hadapan lebih 500,000 penyokong anti kerajaan di Dataran Kemerdekaan, semalam.



KIEV - UKRAINE. Bekas Perdana Menteri Ukraine, Yulia Tymoshenko yang dibebaskan dari penjara kelmarin, memuji tindakan peserta protes di Dataran Kemerdekaan.

Tymoshenko yang hadir di dataran itu selepas beberapa jam selepas dibebaskan menyifatkan penunjuk perasaan sebagai wira dan suara mereka perlu didengar hingga boleh memberi tekanan kepada peletakan jawatan Presiden Viktor Yanukovic.

“Anda mempunyai hak untuk menguasai Maidan (Dataran Kemerdekaan). Teruskan bersuara,” katanya.

Dipetik AFP, beliau yang terkenal sebagai antara perdana menteri jelita dunia, sebelum ini dipenjarakan dua tahun enam bulan susulan kelantangan menyokong hubungan politik dengan Rusia pada 2011.

Kelmarin, ahli Parlimen bersepakat mengundi supaya Yanukovic melepaskan jawatan, namun pemimpin itu mengelar tindakan itu sebagai rampasan kuasa.

Era baru di Ukraine

Foto



Foto
Menteri Dalam Negeri Ukraine yang baru Arsen Avakov (memegang pembesar suara) berucap kepada orang ramai di luar bangunan Parlimen di Kiev semalam. - Foto REUTERS


 Kiev: Era baru bermula di Ukraine semalam apabila parlimen membenarkan tempoh tiga hari untuk membentuk kerajaan baru selepas menyingkirkan Presiden Viktor Yanukovych menerusi undi tidak percaya dan membuat persiapan mengadakan pilihan raya lebih awal.

Lokasi Yanukovych terus menjadi misteri, sehari selepas beliau meninggalkan ibu negara itu dan musuh politiknya Yulia Tymoshenko dibebaskan dari penjara dan menemui penyokongnya di Kiev.

Sebuah pesawat yang dinaiki Yanukovych gagal mendapatkan kebenaran untuk berlepas dari Donetsk, sebuah bandar di timur Ukraine kelmarin untuk ke Russia. 

Perkhidmatan Kawalan Negeri menyatakan ia adalah kubu kuat presiden. Beliau kemudian di bawa pergi oleh pasukan keselamatannya sendiri.

Jurucakap presiden pagi semalam berkata beliau tidak mengetahui lokasi Yanukovych.

Sorak gembira

Penyokong memberi sorakan gembira kepada bekas perdana menteri Tymoshenko ketika beliau meninggalkan hospital lokasi beliau ditahan. Bagaimanapun penerimaannya terhadap insiden itu bercampurcampur ketika berucap di Kiev.
Pembebasan beliau menandakan transformasi penting bekas republik Soviet yang mempunyai 46 juta penduduk itu.

Berakhirnya pemerintahan presiden proRussia diramal mengurangkan pengaruh Moscow dan menjadikan Ukraine lebih rapat dengan Eropah.

Bekas presiden dibebaskan semalam



Kiev: Parlimen Ukraine semalam membebaskan wira Revolusi Oren yang juga bekas presiden negara itu, Yulia Tymoshenko yang dipenjara tujuh tahun atas tuduhan salah guna kuasa selepas Presiden Viktor Yanukovych memenangi pilihan raya pada 2010.

Sebaik dibebaskan, Yulia, 53, terus menuju ke arah Dataran Kemerdekaan di Kiev, tempat dia disambut hampir 50,000 penyokong dalam suasana penuh emosi.


“Saya tidak kenal Kiev yang saya lihat hari ini kerana dipenuhi rangka kereta yang terbakar, penghadang dan bunga diletakkan bagi memperingati mereka yang mati - namun ini adalah Ukraine yang baru, Ukraine merdeka,” katanya.



Yulia yang berkerusi roda akibat masalah sakit belakang kronik dibebaskan selepas dua setengah tahun ditahan di penjara.


Kehadiran musuh ketat Yanukovych itu tidak terbayang berlaku beberapa hari lalu, namun ia sekadar satu lagi kejadian yang disifatkan ajaib sama seperti nasib menimpa bekas presiden terbabit.


Sementara itu, rumah agam Yanukovych dimasuki pelbagai lapisan masyarakat yang jelas terpegun dan marah dengan kemewahan dinikmati bekas pemimpin mereka itu. Ia turut mempunyai zoo peribadi dan replika besar kapal layar.

Sebuah lagi kediaman Yanukovych di kawasan Pergunungan Carpathian juga dibuka untuk tatapan orang ramai. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/24

Era baru Ukraine


Sementara itu, lokasi Yanukovych masih tidak diketahui. Khabar angin mengatakan dia gagal melarikan diri dan kini bersembunyi di timur negara itu, kubu kuat penyokongnya. 
Kediaman presiden di Kiev kosong ketika dimasuki wartawan yang mencari bahan bukti serta dokumen untuk digunakan terhadap bekas presiden terbabit. 

Sementara itu, Parlimen menetapkan esok untuk menubuhkan kerajaan baru dan melantik speaker Oleksandr Turchynov sebagai presiden sementara.
Foto
PENUNJUK perasaan antikerajaan menyerang seorang anggota Parlimen dari parti Presiden Yanukovych di luar bangunan Parlimen, semalam.

Dalam perkembangan lain, di Dataran Kemerdekaan Kiev yang melihat pertumpahan darah minggu lalu kehidupan seharian mula kembali normal walaupun penghadang diletakkan penunjuk perasaan untuk menghalang pasukan keselamatan yang masih kelihatan.

Orang awam dilihat meletakkan bunga untuk memperingati mereka yang mati sejak protes bermula November lalu. 

Kira-kira 100 terbunuh minggu lalu dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dengan penunjuk perasaan. 

Krisis di Ukraine bermula November lalu apabila Yanukovych menolak pakatan perdagangan dengan Kesatuan Eropah (EU) dalam usaha merapatkan hubungan dengan Rusia. 

Tindakan itu menimbulkan kemarahan rakyat Ukraine yang pro-EU sehingga mencetuskan pemberontakan. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/24

Presiden Pas diperintah bayar RM2 juta


KUALA TERENGGANU 23 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayar saman berjumlah RM2 juta berikutan penghakiman ingkar yang diperoleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd. Shamsul Mat Amin.
Dalam masa sama, Abdul Hadi juga diarahkan membayar lima peratus faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500 setelah kegagalan memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Mohd. Shamsul sebelum ini.
Prosiding berlangsung hampir 30 minit di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Mohamad Nasrudin Mohamed.
Menurut wakil peguam plaintif, V. Saravanan, penghakiman itu dibuat selepas pihaknya menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan yang telah diterima oleh pihak defendan pada 16 Januari lalu.
Sehubungan itu katanya, plaintif telah memfailkan afidavit penyampaian dan perakuan ketidakhadiran defendan ke mahkamah sehari kemudian yang telah diluluskan oleh pihak mahkamah pada hari yang sama.
"Sekiranya defendan ingin membantah atau menentang penghakiman itu, maka, dia kena failkan permohonan kepada mahkamah. Itu terpulang kepada peguam dia.
"Jika tidak ada maklum balas daripada defendan, kami akan hantar salinan termeterai penghakiman yang meminta pembayaran saman plaintif iaitu sebanyak RM2 juta bersama faedahnya sekali.
"Sekiranya masih tidak ada apa-apa jawapan, kami akan teruskan dengan pelaksanaan saman. Kami akan failkan penghakiman ini secepat mungkin dan sebaik sahaja mahkamah telah keluarkan salinan termeterai, kami akan serahkan kepada defendan untuk tuntut jumlah penghakiman," katanya ketika ditemui.
Plaintif melalui firma guaman Tetuan Vasudevan A & Co., pada 5 Disember lalu telah memfailkan saman ke atas Abdul Hadi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini selepas beliau mendakwa difitnah oleh pemimpin Pas itu semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), April lalu.
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Dungun mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.
Plaintif yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140224/ma_01/Presiden-Pas-diperintah-bayar-RM2-juta#ixzz2uBqIIDrB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Barangan hadiah kedutaan Britain dilelong


Jam tangan yang dilelong di pejabat FCO di London. - AGENSI
LONDON 23 Feb. - Jam tangan berjenama dan barangan kemas yang dihadiahkan kepada duta dan diplomat Britain merupakan antara barangan yang dilelong oleh Pejabat Luar dan Komanwel British (FCO) kepada orang ramai sejak dua tahun lalu.
The Mail on Sunday melaporkan FCO turut melelong gelang tangan, duit syiling emas, pen berjenama Mont Blanc, tali leher dan telefon bimbit 3G, dengan kesemua barangan tersebut dijual pada harga yang sangat murah.
Sejak menjalankan aktiviti jualan lelong di Rumah Jualan Lelong Fellow di Birmingham dua tahun lalu, FCO sudah menjana pendapatan sebanyak 10,401.66 pound (RM57,232.89) dengan kebanyakan pembeli tidak mengetahui bahawa barangan yang mereka bida merupakan hadiah dari sesebuah negara.
FCO meletakkan harga barangan yang dilelong serendah 18 pound (RM99.04) sehingga ke 800 pound (RM4401.83).
Pengurus Insuran Rumah Jualan Lelong Fellow, Geoff Whitefield berkata, jam tangan Baume et Mercier and Givenchy bernilai antara 2,000 pound dan 3,000 pound (RM11,004.57 dan RM16,506.85) dilelong pada harga satu pertiga daripada harga asalnya.
''Ia bagaikan membeli sebuah kereta baru dan ketika anda memandu kereta tersebut di jalan raya harganya akan mulai menyusut,'' jelas Whitefield.
FCO bagaimanapun, enggan mendedahkan barangan yang mereka lelong itu 'pemberian dari negara mana', namun agensi Kebebasan Maklumat (FOI) memaklumkan bahawa kedutaan negara ini menerima hadiah bernilai puluhan ribu pound dari negara-negara seperti Arab Saudi, Bahrain dan Myanmar.
Menurut FCO, barangan yang sudah diberikan sebagai hadiah itu boleh digunakan buat sementara, sebelum ia dibawa pulang ke United Kingdom (UK).
Namun, jika ada kakitangan yang mahu menyimpan barangan pemberian itu, yang bernilai lebih daripada 140 pound (RM770.32), mereka perlu membayar jumlah tersebut terlebih dahulu. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140224/lu_10/Barangan-hadiah-kedutaan-Britain-dilelong#ixzz2uBlICRBx
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rumah agam Presiden Ukraine dipamer


KIEV 23 Feb. - Penduduk Ukraine terkejut melihat kekayaan yang dimiliki Presiden mereka, Viktor Yanukovich yang tinggal di sebuah rumah agam mewah di ibu negara ini, apabila kediaman peribadi Presiden itu dibuka kepada orang ramai, semalam.
Kemewahan harta yang dimiliki Yanukovich didedahkan apabila rumah agam itu yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Kiev dibuka kepada umum, selepas beliau melarikan diri dari ibu negara ini, kelmarin ekoran krisis politik di negara ini.
Rumah agam itu yang dihiasi marmar terletak di atas sebidang tanah seluas 138.8 hektar dan turut mempunyai padang golf peribadi dan zoo.
Yanukovych kini dilaporkan menuju ke bandar Donetsk di timur Ukraine selepas Parlimen memutuskan untuk menyingkirkan beliau daripada jawatan Presiden.
Beribu-ribu rakyat memasuki kawasan kediaman mewah Yanukovych yang ditawan penunjuk perasaan antikerajaan.
Seorang bekas anggota khidmat tentera, Natalia Rudenko berkata, dia berasa terkejut melihat kekayaan yang dimiliki presiden itu.
"Dalam sebuah negara miskin, bagaimana dia boleh memiliki sebegitu banyak kemewahan? Dunia perlu melihat penyelewengan ini dan membawanya ke muka pengadilan," katanya.
Menurut seorang aktivis antikerajaan, kawasan rumah itu cukup besar dan mampu memuatkan semua orang yang datang ke situ, serta memberi amaran supaya tidak pergi ke padang rumput kerana dikuatiri mempunyai periuk api.
Kawasan kediaman presiden itu dijaga oleh pasukan keselamatan beberapa jam sebelum dibuka kepada umum dan dilihat mampu menjadi bukti terhadap kesalahan rasuah yang disyaki dilakukan Presiden itu.
Aktivis antikerajaan kini mengawal kawasan kediaman tersebut untuk memastikan orang ramai tidak memasuki bangunan dan merampas barang-barang yang ada di rumah agam itu.
Menurut laporan rasmi, pendapatan Yanukovych mencecah ASD100,000 (RM330,000) setahun.
Namun, daripada kemewahan yang dimiliki Yanukovych, jelas menunjukkan beliau mempunyai pendapatan lebih daripada itu.
Di pintu masuk ke kawasan kediaman Presiden itu turut diletakkan notis memberitahu orang ramai supaya tidak memusnahkan kawasan yang menjadi bukti keangkuhan Presiden itu.
Para pelawat menyaksikan pelbagai barangan hiasan mewah di dalam rumah agam itu dari luar tingkap kediaman tersebut.
Terdapat beberapa kotak yang bertaburan di rumah agam itu menggambarkan Presiden itu berpindah secara tergesa-gesa dari rumah itu.
Beberapa orang pelawat dilihat mengambil peluang merakamkan koleksi burung pegar yang jarang ditemui dan diimport dari Mongolia dan Sumatera, Indonesia di rumah agam itu.
Mereka juga mengunjungi tasik tasik buatan, landasan helikopter dan sebuah garaj yang menempatkan pelbagai kenderaan tentera Rusia.
Sementara itu, terdapat sebuah kompleks yang dibina untuk kakitangan Presiden berkenaan sebesar rumah mewah di Britain yang kini dibiar kosong. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140224/lu_02/Rumah-agam-Presiden-Ukraine-dipamer#ixzz2uBl0U29w
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sunday, February 23, 2014

Kelantan tidak tarik saman Petronas


MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
23 Februari 2014

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob



KOTA BHARU - Selepas didakwa tidak serius dalam isu tuntutan royalti minyak, Kerajaan Negeri Kelantan hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa pentadbirannya tidak pernah mengubah polisi mengenai tuntuan itu sejak pentabiran bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya sentiasa serius terhadap tuntutan royalti minyak yang diyakini menjadi hak milik rakyat Kelantan sebagai sebuah negeri yang bernaung di bawah Persekutuan Malaysia.

Beliau berkata, ketika mengadakan pertemuan pimpinan kerajaan Kelantan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 November lalu, agenda tuntutan royalti antara perkara utama yang dibangkitkan Kelantan.

”Saya menyerahkan sendiri surat daripada kerajaan negeri Kelantan memohon agar Perdana Menteri memandang serius isu tuntutan royalti minyak yang sudah berlarutan sehingga hampir lima tahun.

“Saya nyatakan bahawa rakyat Kelantan berhak ke atas setiap titik minyak yang dikeluarkan dari bumi Kelantan sendiri berasaskan perjanjian yang dimeterai di antara Petronas dan kerajaan negeri pada tahun 1975,” katanya, hari ini.

Sebelum ini beberapa pihak termasuk aktivis tuntutun royalti dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan pentabiran kerajaan Kelantan yang disifatkan tidak agresif seperti mana dibawah pentadbiran Nik Aziz.

Mengulas mengenai status tindakan mahkamah, Ahmad berkata, proses perbicaraan sedang berjalan  dan peguam kerajaan negeri antara lain di dalam proses untuk mendapatkan dokumen daripada Petronas yang mempunyai lebih seribu muka surat.

“Pihak peguam juga memaklumkan bahawa tarikh perbicaraan sedang ditunggu untuk ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan dalam masa yang terdekat.

“Tidak berbangkit isu bahawa Kelantan sedang menimbangkan untuk menarik balik saman yang telah difailkan,” katanya lagi.

Berhubung isu Jawatankuasa Khas berhubung pembayaran royalti minyak untuk Kelantan,katanya, kerajaan negeri sebelum ini telah bersetuju untuk melantik Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra untuk mewakili kerajaan negeri Kelantan dalam perundingan tuntutan tersebut.

Katanya, baginda telah beberapa kali menyertai perundingan dan kerajaan negeri dimaklumkan bahawa rundingan tersebut sedang berjalan di mana setiap negeri yang mempunyai hasil minyak di Malaysia turut menghantar wakil masing-masing.

“Tuntutan royalti minyak yang menjadi hak milik rakyat Kelantan ini terus diperjuangkan oleh kerajaan negeri Kelantan melalui pelbagai usaha.

“Apa yang penting ialah, sokongan rakyat Kelantan sendiri terhadap usaha-usaha kerajaan dan juga mana-mana badan bukan kerajaan bagi memastikan tuntutan ini mencapai matlamatnya demi kebaikan seluruh rakyat negeri Kelantan Darul Naim,” katanya.

Presiden Ukraine tinggalkan Parlimen

Presiden Ukraine tinggalkan Parlimen
kekecohan berlaku di Parlimen Ukraine selepas rang undang-undang baharu diperkenalkan.
23 Februari 2014

KIEV - UKRAINE. Parlimen Ukraine memperkenalkan rang undang-undang baharu bagi membolehkan pemecatan presiden.

Media Russia Today melaporkan, undang-undang itu sudah diterbitkan di laman web rasmi Parlimen, mulai semalam.

Rang undang-undang berkenaan dibuat Ketua Parti Sosialis Nikolay Rudkovskiy yang masih berada dalam parti pemerintah.

“Terdapat satu klausa membolehkan pendakwaan dibuat terhadap Presiden tetapi ia sangat kompleks dan mustahil secara praktikal untuk digubal,” menurut laporan itu.

Sejurus rang undang-undang itu diperkenalkan, Presiden Viktor Yanukovych bertindak meninggalkan Parlimen.

Pengenalan undang-undang itu dibuat bagi mengehadkan kuasa Presiden sekali gus menghentikan rusuhan yang kini meragut lebih 400 nyawa, laporan dipetik dari Press TV.

Presiden Zimbabwe belanja AS$1 juta rai hari jadi

Robert Mugabe
Robert Mugabe 
23 Februari 2014  HARARE - ZIMBABWE. Ramai mempertikaikan tindakan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, menyambut hari jadi ke-90 dengan berbelanja AS$1 juta (RM3.2 juta).

Jurucakapnya berkata, perbelanjaan itu dibiayai pertubuhan belia Zanu-PF dan bukan daripada dompet awam.

Bagaimanapun, bekas menteri kewangan Tendai Biti dari parti pembangkang MDC mempertikaikan sumber kewangan itu .

“Mungkin ada permainan kotor kerana ketika pilihan raya lalu parti kami kalah teruk kepada Zanu-PF,” katanya.

Setengah pihak rasa wang sebanyak itu boleh dibelanjakan untuk rakyat.

Menurut penyokongnya, perbelanjaan itu wajar kerana beliau sudah banyak berbakti kepada negaranya, laporan dipetik dari The Times.

Berpisah tak bertemu


Kepiluan jelas terbayang di wajah setiap mereka semalam apabila tempoh pertemuan penuh bermakna itu berakhir. 
Setiap seorang daripada individu yang terpisah oleh sempadan politik itu mengalirkan air mata ketika berpisah kerana menyedari mereka mungkin tidak akan bertemu lagi selepas ini. 

Dalam detik-detik penuh emosi itu 80 warga tua dari Korea Selatan dan 174 ahli keluarga mereka dari Korea Utara kelihatan seolah-olah enggan melepaskan orang tersayang mereka beredar pergi.
Foto
WARGA emas Korea Utara melekapkan tangan di cermin bas yang dinaiki ahli keluarga dari Korea Selatan di pusat peranginan Gunung Kumgang, Korea Utara semalam.

Mereka ialah kumpulan pertama yang dibenarkan bertemu selepas 60 tahun terpisah akibat Perang Korea antara 1950 hingga 1953.

Semua peserta diberikan sejam untuk mengucapkan selamat tinggal di ruang makan sebuah hotel di pusat peranginan kawasan pergunungan di Korea Utara. 

Pada permulaan acara itu, kebanyakan mereka sudah pun bergenang air mata, manakala sesetengahnya menggagahkan diri untuk tersenyum bagi menyembunyikan perasaan di hati. 

Beberapa peserta mengambil gambar kenangan, saling bertukar foto lama dan mencatat alamat saudara-mara walaupun hubungan surat-menyurat, telefon atau e-mel dilarang sama sekali antara kedua-dua negara itu. 

Rakyat Korea Selatan, Lee Myeong-Ho, 82, dilihat menggenggam erat tangan adik lelakinya, Lee Chol-Ho, 77, dari Korea Utara. 

“Saya cuba untuk tidak menangis. Terima kasih kerana membolehkan saya melihat kamu masih hidup dan sihat. Jaga diri dan semoga sihat selalu,” katanya. 

Park Yang-Gon, 53, pula berlutut di lantai hotel dan menunduk di depan abangnya Yang-Soo, nelayan Korea Selatan yang diculik dan dibawa ke Korea Utara ketika menangkap ikan di perairan berhampiran barat daya negara itu pada 1972. 

“Semoga kita dapat bertemu lagi jika diberi kesihatan yang baik,” katanya.- AFP
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/23

Thursday, February 20, 2014

Muslim di Republik Afrika Tengah dibunuh kejam?

Muslim di Republik Afrika Tengah dibunuh kejam?

19 Februari 2014

 REPUBLIK AFRIKA TENGAH - Umat Islam di Republik Afrika Tengah telah menjadi sasaran militian Kristian di republik tersebut.

Sasaran tersebut telah mencetuskan tragedi berdarah, di mana telah menyebabkan kematian ramai umat Islam yang tidak bersalah dan berdosa, dedah sebuah agensi bantuan kemanusiaan.

Ekoran tragedi itu, ribuan umat Islam telah melarikan diri dari negara tersebut.

Menurut Muslim Association of Britain (MAB, Persatuan Muslim Britain), mereka sudah memberi amaran bahawa keganasan ini juga boleh membawa kepada bencana kebuluran dan keruntuhan ekonomi.

MAB turut melahirkan kekecewaan dan kebimbangan mereka mengenai pergolakan politik, keganasan dan pembunuhan yang sedang berlaku di Republik Afrika Tengah itu.

Kumpulan hak asasi manusia telah melaporkan bahawa lelaki Islam, wanita dan kanak-kanak telah menjadi sasaran secara sistematik dan dipaksa keluar daripada rumah mereka dengan kejam, dirogol dan diseksa .

Di samping itu, harta mereka telah dicuri oleh kumpulan pengganas yang dianjurkan militian Kristian, dakwa agensi itu.

Para pelarian yang melarikan diri ke negara-negara Afrika yang lain ini terdiri daripada mereka yang miskin. Kesannya, tragedi ini berpotensi menyebabkan bencana kemanusiaan dahsyat, ujar mereka.

Menurut Naib Presdien MAB, Ameena Blake, beliau memahami bahawa keganasan yang berlaku atas nama agama Kristian ini tidak bererti mencerminkan sikap majoriti Kristian di rantau itu, di mana sebahagiannya memberi perlindungan kepada umat Islam di gereja-gereja mereka.

"Kami menggalakkan orang ramai di rantau ini untuk terus menyokong satu sama lain, untuk mencegah gelombang baru pembunuhan beramai-ramai," katanya.

MAB membuat rayuan kepada kerajaan British untuk menggunakan kuasa politik mereka untuk membantu menyelesaikan krisis yang amat buruk yang mengancam Republik Afrika Tengah.

PBB telah memberi amaran bahawa 1.3 juta daripada 4.6 juta penduduk di negara ini memerlukan bantuan makanan segera. Adalah penting untuk bertindak sekarang kerana tiada siapa yang ingin melihat satu lagi negara miskin dilanda rusuhan awam dan keganasan politik.

Direjam gara-gara Facebook

Direjam gara-gara Facebook
Sekadar gambar hiasan
20 Februari 2014

DAMSYIK - SYRIA. Seorang remaja perempuan direjam hingga mati oleh kumpulan pelampau di Syria kerana mempunyai akaun laman sosial Facebook.

Mahkamah Syariah di Al- Reqqa menjatuhkan hukuman mati kepada Fatoum al-Jassem ekoran perintah di negara itu yang menganggap pemilik akaun Facebook tergolong dalam kumpulan komuniti tidak bermoral.

Media tempatan melaporkan, mangsa dibawa ke mahkamah oleh militan Iraq dan Syria (ISIS) selepas ditangkap menggunakan rangkaian laman sosial tersebut.

"Mahkamah yang berada di bawah bidang kuasa ISIS memutuskan mereka yang mempunyai akaun Facebook berhak dihukum dengan cara yang sama seperti kesalahan melakukan zina," menurut laporan itu. - Dailymail

Tuesday, February 18, 2014

Tempat selamat ‘buang’ anak


2014/02/18

Beijing: China akan menyediakan tempat selamat untuk ibu bapa menyerahkan anak yang tidak dimahukan di seluruh negara itu, walaupun terdapat pertikaian sama ada ia akan menyaksikan lebih banyak bayi dibuang, demikian menurut laporan media.

Kerajaan negara itu sudah menubuhkan 25 pusat bayi di 10 wilayah dan bandar utama sejak Jun 2011, menurut agensi berita rasmi Xinhua, kelmarin.


Lebih banyak akan dibina di 18 wilayah lain, kata laporan itu yang memetik Pusat bagi Kebajikan dan Anak Angkat Kanak-Kanak China (CCCWA).

Pusat berkenaan mempunyai inkubator, penggera, penyaman udara dan katil bayi, menurut laporan itu.

Kakitangan kebajikan mendapatkan bayi antara lima ke 10 minit selepas ditinggalkan dan menekan butang penggera, membolehkan keluarga menyerahkan anak mereka dengan selamat dan tanpa diketahui orang lain.

Tak mampu tanggung kos perubatan

Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak berkenaan mempunyai kecacatan atau penyakit kronik seperti sindrom down atau ‘cerebral palsy’.
Banyak bayi dibuang kerana ibu bapa tidak mampu menanggung kos perubatan dan pendidikan khas yang mahal.

Kemudahan berkenaan sering dipuji kerana membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak yang mungkin ditinggalkan di jalanan.

Cetus kebimbangan

“Tetapi ia turut mencetuskan kebimbangan bahawa kewujudannya menggalakkan ibu bapa untuk membuang anak yang tidak dimahukan, iaitu ia salah dari segi undang-undang,” kata Xinhua.

Tetapi ketua CCCWA, Li Bo menolak kebimbangan berkenaan dengan menambah bahawa sejak kemudahan berkenan dibuka di bandar utara Shijiazhuang, ia sudah menerima kanak-kanak pada kadar sama yang dilaporkan institusi kebajikan bandar dalam dua tahun lalu.
AFP

NSTP diperintah bayar Husam RM360,000


KUALA LUMPUR 17 Feb. - Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan syarikat penerbitan akhbar, New Straits Times (M) Bhd. (NSTP) membayar ganti rugi RM360,000 kepada Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kerana menyiarkan artikel berbaur fitnah terhadap beliau, hampir tujuh tahun lalu.
Hakim Datuk Su Geok Yiam menetapkan jumlah tersebut di kamar beliau di sini setelah mahkamah pada 12 April tahun lalu memutuskan bahawa satu kenyataan akhbar pada penghujung November 2007 telah memfitnah Husam.
Menurut peguam, Md. Yunos Shariff yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor itu, jumlah tersebut meliputi ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk dan kos.
Mahkamah turut membenarkan permohonan NSTP untuk menangguhkan sementara bayaran ganti rugi tersebut dengan syarat notis berhubung perkara itu difailkan pada atau sebelum 17 Mac ini.
Hadir bagi pihak NSTP ialah peguam Rishwant Singh.
Husam asalnya memfailkan saman RM6 juta pada 31 Januari 2008 terhadap ADUN Bukit Bunga, Mohd. Adhan Kecik dan ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah masing-masing dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua serta NSTP defendan ketiga.
Bagaimanapun, pada 9 November 2009, bekas Exco kerajaan Pas Kelantan itu telah menarik balik saman tersebut terhadap Mohd. Adhan dan Nozula selepas kedua-dua ADUN itu membuat permohonan maaf secara terbuka pada awal Jun tahun sama di akhbar berbahasa Melayu (bukan Utusan Malaysia).
Kes terhadap NSTP diteruskan dengan perbicaraan dan pada 12 April 2013 mahkamah memutuskan bahawa Husam berjaya membuktikan tuntutannya terhadap syarikat penerbitan akhbar itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140218/ma_05/NSTP-diperintah-bayar-Husam-RM360000#ixzz2te78qSYr
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, February 17, 2014

Berita dari Gleneagles Hospital (Ampang) URGENT!! dari Gleneagles Hospital Limited


Tujuh wanita telah meninggal dunia selepas mencium sampel perfume percuma yang telah diposkan kepada mereka. Produk ini adalah beracun. Jika anda menerima sampel percuma melalui pos seperti losyen, minyak wangi, dan lain-lain lampin membuangnya. Kerajaan takut bahawa ini mungkin perbuatan yang lain. Mereka tidak akan mengumumkannya di dalam berita kerana mereka tidak mahu menimbulkan panik atau memberi idea-idea baru pengganas. Hantar ini kepada semua kawan-kawan dan ahli keluarga. Drpd:
Mei ling
Gleneagles Hospital Limited
Jabatan Sumber Manusia
Tel: 03-4270 3474 03-4270 3474
Fax: 03-4270 3472

***gambar di bawah memg betol2 sampai di kedai saya..

Baru jer bercerita di dlm what app dgn members tentang muslihat ni..tetiba pos man anta 1 sampul berisi myk wangi tanpa tulis apa pun..pelik kan

Apa Maksud nya ni yer.sbb saya betul2 takut akan terjadi benda yg X di ingini pada keluarga saya.

Mohon pencerahan
 

Sunday, February 16, 2014

Laa haula wala quwwata illah billah.

Laa haula wala quwwata illah billah. Tidak hanya saudara kita di neger syam, afghasnistan, Iraq, Pattani, dll | Kini saudara kita Di REPUBLIK AFRIKA TENGAH sedang mendapat intimidasi, ancaman dari orang kafir

Pembantaian yang menargetkan warga sipil Muslim dan terus berlanjut Hingga kini | Allahummanshur ikhwanina fii kulli makaan, Aamiin...

Friday, February 14, 2014

SUBHANALLAH Inilah bukti kebenaran AGAMA ISLAM

Assalamu'alaikum

SUBHANALLAH Inilah bukti kebenaran AGAMA ISLAM

Injil Asli yang Menggemparkan Dunia Itu, 12 Tahun Dirahasiakan, Menjelaskan Nabi Isa Tidak Disalib dan Membenarkan Nabi Muhammad SAW, Mengguncang Vatikan dan Kristen di Seluruh Dunia!!

Bismillahir-Rah maanir-Rahim … Belum lama ini, pemerintah Turki mengumumkan tentang penemuan Kitab Injil Asli Barnabas, salah satu murid pertama Yesus (Isa Almasih).

Hal yang tentu saja mengejutkan banyak pihak, termasuk kubu Vatikan itu sendiri.Sebagaimana diberitakan oleh DailyMail, basijpress dan NationalTurk, bahwa Injil Barnabas asli tersebut ditemukan pada tahun 2000 lalu di Turki, namun ditutupi oleh pemerintah Turki selama lebih dari 12 tahun, dan baru sekarang di beberkan ke publik.Lembaran-lembaran kulit hewan itu ditulis dengan huruf Syriac dengan dialek bahasa Aram, bahasa yang sama seperti bahasa yang umum dipakai pada masa Yesus Isa Almasih.

Pemerintah Turki menyakini bahwa kitab kulit hewan tersebut adalah Injil Barnabas orisinal.Hal yang menarik dari Kitab Injil Barnabas Asli asal Turki tersebut menyatakan bahwa YESUS TIDAK PERNAH DI SALIB, dan terdapatnya ayat-ayat yang menyatakan bahwa Islam adalah agama yang benar serta pengakuan tentang kehadiran Nabi Akhir Jaman, Muhammmad SAW.

Pengakuan itu terdapat pada bab 41 dari Kitab Barnabas yang ditemukan di Turki tersebut. Berikut ini terjemahannya :”Allah telah menyembunyikan diriNya sebagai Malaikat Agung Michael berlari mereka (Adam dan Hawa) dari surga, (dan) ketika Adam berbalik, ia melihat bahwa di atas pintu gerbang ke surga tertulis “La Ela ELA Allah, Mohamad Rasul Allah”Kitab yang masih menjadi perdebatan tersebut disebutkan kini disimpan di Justice Palace, Ankara, Turki dengan pengawalan ketat polisi bersenjata lengkap dan keamanan maksimum.

Pihak Iran lewat Basij Press menyatakan bahwa apa yang tertulis di kitab Barnabas asli tersebut adalah bukti tentang kebenaran Islam, yang walau begitu ditanggapi oleh sinis dari berbagai pihak.

Bahkan pihak Kristen lewat berbagai jamaatnya menyatakan bahwa Kitab Barnabas tersebut diragukan keotentikannya.
Namun walau begitu pihak Vatikan lebih arif dengan menyatakan telah mengajukan permohonan resmi ke pemerintah Turki untuk membaca dan menganalisa keaslian kitab kontroversial itu.

Para agamawan menyatakan bahwa jika Alkitab Barnabas tersebut terbukti asli, maka akan mengakibatkan rusaknya kredibilitas Gereja, dan akan menimbulkan revolusi agama Nasrani besar-besaran di seluruh Dunia.Tentu saja penemuan ini cukup menarik, sama menariknya dengan penemuan dan fakta sejarah bahwa Benua Amerika pertama kali di temukan oleh para pelaut tangguh Islam

Insya ALLAH kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah 

---------------------------------

Valentine Day, Yes / No? 

Baca di => @[711978945499799:274:Teladan Rasul]

Insyallah Bermanfaat :)Assalamu'alaikum

SUBHANALLAH Inilah bukti kebenaran AGAMA ISLAM

Injil Asli yang Menggemparkan Dunia Itu, 12 Tahun Dirahasiakan, Menjelaskan Nabi Isa Tidak Disalib dan Membenarkan Nabi Muhammad SAW, Mengguncang Vatikan dan Kristen di Seluruh Dunia!!

Bismillahir-Rah maanir-Rahim … Belum lama ini, pemerintah Turki mengumumkan tentang penemuan Kitab Injil Asli Barnabas, salah satu murid pertama Yesus (Isa Almasih).

Hal yang tentu saja mengejutkan banyak pihak, termasuk kubu Vatikan itu sendiri.Sebagaimana diberitakan oleh DailyMail, basijpress dan NationalTurk, bahwa Injil Barnabas asli tersebut ditemukan pada tahun 2000 lalu di Turki, namun ditutupi oleh pemerintah Turki selama lebih dari 12 tahun, dan baru sekarang di beberkan ke publik.Lembaran-lembaran kulit hewan itu ditulis dengan huruf Syriac dengan dialek bahasa Aram, bahasa yang sama seperti bahasa yang umum dipakai pada masa Yesus Isa Almasih.

Pemerintah Turki menyakini bahwa kitab kulit hewan tersebut adalah Injil Barnabas orisinal.Hal yang menarik dari Kitab Injil Barnabas Asli asal Turki tersebut menyatakan bahwa YESUS TIDAK PERNAH DI SALIB, dan terdapatnya ayat-ayat yang menyatakan bahwa Islam adalah agama yang benar serta pengakuan tentang kehadiran Nabi Akhir Jaman, Muhammmad SAW.

Pengakuan itu terdapat pada bab 41 dari Kitab Barnabas yang ditemukan di Turki tersebut. Berikut ini terjemahannya :”Allah telah menyembunyikan diriNya sebagai Malaikat Agung Michael berlari mereka (Adam dan Hawa) dari surga, (dan) ketika Adam berbalik, ia melihat bahwa di atas pintu gerbang ke surga tertulis “La Ela ELA Allah, Mohamad Rasul Allah”Kitab yang masih menjadi perdebatan tersebut disebutkan kini disimpan di Justice Palace, Ankara, Turki dengan pengawalan ketat polisi bersenjata lengkap dan keamanan maksimum.

Pihak Iran lewat Basij Press menyatakan bahwa apa yang tertulis di kitab Barnabas asli tersebut adalah bukti tentang kebenaran Islam, yang walau begitu ditanggapi oleh sinis dari berbagai pihak.

Bahkan pihak Kristen lewat berbagai jamaatnya menyatakan bahwa Kitab Barnabas tersebut diragukan keotentikannya.
Namun walau begitu pihak Vatikan lebih arif dengan menyatakan telah mengajukan permohonan resmi ke pemerintah Turki untuk membaca dan menganalisa keaslian kitab kontroversial itu.

Para agamawan menyatakan bahwa jika Alkitab Barnabas tersebut terbukti asli, maka akan mengakibatkan rusaknya kredibilitas Gereja, dan akan menimbulkan revolusi agama Nasrani besar-besaran di seluruh Dunia.Tentu saja penemuan ini cukup menarik, sama menariknya dengan penemuan dan fakta sejarah bahwa Benua Amerika pertama kali di temukan oleh para pelaut tangguh Islam

Insya ALLAH kita dapat mengambil pengetahuan yang bermanfaat dan bernilai ibadah 

'Dia rindu anak kandungnya'


RAIHAM MOHD SANUSI
'Dia rindu anak kandungnya'
Mohd Fauzi di sisi A Ghani menunjukkan gambar bapa tirinya itu ketika muda. Gambar kecil: A Ghani ketika muda.
'Dia rindu anak kandungnya'
SAFRI
14 Februari 2014


KEMAMAN – “Ayah sekarang terlantar sakit, dari raut wajahnya kami tahu dia rindukan anak-anak kandungnya,” kata Mohd Fauzi Othman, 39, yang merayu agar dua adik-beradik tirinya pulang menemui ayahnya.

Bapa tirinya, A Ghani Salleh, 71, yang tinggal di Rumah Pangsa Dusun Nyior, dekat sini, mempunyai dua anak kandung hasil perkahwinan dengan isteri pertama iaitu Safri, 39, yang tidak bersua muka sejak dua tahun lalu manakala anak keduanya, Rohana, 37, terpisah dengannya sejak lebih 30 tahun lalu.

Mohd Fauzi berkata, kali terakhir Safri pulang menjenguk bapanya pada Hari Raya Aidilfitri 2012 sebelum tidak dapat dihubungi sehingga sekarang.

“Setelah bercerai pada 1980-an, ayah berkahwin dengan ibu saya, Semek Leper (meninggal dunia pada usia 80 tahun akibat penyakit kencing manis pada 29 November tahun lalu) ketika saya berusia 12 tahun pada 1986 dan waktu itu ayah juga tak pernah berjumpa anak perempuannya, tapi namanya ayah selalu sebut.

“Safri pula gagal dihubungi kerana biasanya kami menghubungi bekas isteri Safri untuk berhubung dengannya, tetapi kini bekas isteri Safri telah tukar nombor telefon,” katanya.

A Ghani mula terlantar sakit akibat penyakit kencing manis dan darah tinggi sejak dua minggu lalu dan kini makan minumnya dijaga oleh Mohd Fauzi sekeluarga.

Kata Mohd Fauzi yang mempunyai tiga lagi adik-beradik yang masih hidup, mereka difahamkan Rohana masih tinggal dengan bekas isteri pertama bapa tirinya itu di Marang.

“Ayah sekarang tak selera makan dan badannya susut. Baru-baru ini dia ada beritahu pada saya yang dia terlalu rindukan arwah ibu, saya takut sesuatu terjadi padanya.

“Jadi saya harap anak-anak kandung ayah dapat pulang berada di sisi ayah saatnya sakit sebegini, sebab kepulangan anak-anak kandung juga mungkin dapat memberinya semangat untuk kembali
sihat,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Fauzi meminta sesiapa yang mengenali Safri dan Rohana agar dapat menghubunginya menerusi talian 013-9066719.

Remaja perempuan disangka lelaki


Riyadh: Polis Arab Saudi semalam menghabiskan dua jam menyoal seorang remaja perempuan kerana menyangka dia lelaki.

Polis hanya menyedari kesilapan mereka selepas menghubungi keluarga remaja itu.

Remaja terbabit yang memakai pakaian lelaki ditahan bersama dua lagi pemuda kerana berkelakuan liar di sebuah pusat beli-belah di Al Hawiya, barat negara itu.

Selepas menyoal ketiga-tiganya selama dua jam, polis kemudian menghubungi keluarga mereka meminta mereka datang ke balai polis.

“Bapa seorang remaja itu memberitahu polis bahawa semua anak lelakinya ada di rumah dan hanya anak perempuannya yang berusia 16 tahun yang tiada,” lapor akhbar Almuwatin, semalam.

Remaja wanita itu akhirnya mengaku dia memotong rambutnya dan memakai pakaian lelaki untuk tampil sebagai remaja lelaki.



- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/14

Kabul bebas 65 banduan


Kabul: Afghanistan semalam membebaskan 65 orang didakwa pejuang Taliban daripada penjara tanpa mengendahkan kritikan Amerika Syarikat (AS) yang mendakwa semua lelaki terbabit akan kembali ke medan perang untuk menyerang tentera NATO dan Afghan.

Pembebasan banduan dari penjara Bagram itu dilihat mengeruhkan hubungan antara Kabul dan Washington dalam pada tentera AS kini membuat persediaan berundur selepas 13 tahun berada di negara itu.

Anggota badan semakan kerajaan Afghan Abdul Shukor Dadras memberitahu AFP 65 lelaki itu dibebaskan pagi semalam.

Pembebasan mereka sebelum ini dikecam tentera AS yang mendakwa semua terbabit ‘individu berbahaya’ yang memainkan peranan secara langsung dalam serangan terhadap 32 kakitangan NATO dan 23 penduduk tempatan mengakibatkan kematian dan kecederaan.

Bagaimanapun, Presiden Hamid Karzai menggelar penjara terbabit ‘kilang menghasilkan anggota Taliban’ malah ada banduan didakwa diseksa sehingga membenci negara sendiri.

Ketua polis tentera Leftenan Jeneral Ghulam Farouq mengesahkan pembebasan banduan terbabit.

“Mereka terus memasuki kereta masing-masing sebaik keluar dari penjara dan pulang ke rumah.

“Kami membebaskan mereka jadi terpulanglah bagaimana mereka mahu pulang.

Wednesday, February 12, 2014

Balasan amal dosa


Kuala Terengganu: Satu ketika dia ibarat primadona kerana berbekalkan batu mani gajah yang dijadikan tangkal, lebih 50 lelaki kaya dikikisnya sehingga memiliki wang simpanan lebih RM3 juta dalam tempoh cuma setahun.
Bagaimanapun, kuasa amalan syirik itu hanya sementara kerana dia kini menderita pelbagai penyakit selepas isteri seorang lelaki bergelar Datuk yang menjadi mangsanya membalas dendam dengan turut mengenakan ilmu hitam ke atasnya.
Itu kejadian menimpa seorang wanita berusia 31 tahun mahu dikenali sebagai Haslinda yang sebelum ini hidup bergelumang dosa, semata-mata untuk hidup mewah.

“Ada rakan memberitahu mengenai batu mani gajah dimiliki seorang bomoh tinggal di sempadan Siam (Thailand) yang dikatakan mampu membuatkan sesiapa saja tunduk dengan permintaan dan arahan kita.
Foto
AZMAN (gambar kanan) memegang jenglot yang sering digunakan pengamal ilmu hitam. Gambar kiri, Haslinda.

“Saya sanggup menjual diri bagi memperoleh RM8,000 sebagai bayaran untuk memiliki batu itu dan saya juga memandu beratus-ratus kilometer bersendirian untuk ke rumah bomoh itu dua tahun lalu,” katanya.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/12

Mahu diiktiraf anak Nelson Mandela


Dari kiri Mpho Pule, Nelson Mandela dan Onica Mothoa.
JOHANNESBURG 11 Feb. - Keluarga dua wanita yang mahu diiktiraf sebagai anak kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela menghubungi peguam yang menjaga wasiat pemimpin antiaparteid itu, namun bukan untuk menuntut harta mendiang.
Seorang peguam yang menjaga harta Mandela, Michael Katz berkata, beliau menerima surat dari keluarga Onica Mothoa dan Mpho Pule yang mendakwa mereka adalah anak kepada Mandela semasa pemimpin tersebut berkahwin dengan isteri pertamanya, Evelyn Mase.
Katz berkata, perkara tersebut akan dibincangkan bersama peguam lain yang mendedahkan butiran wasiat berkenaan, minggu lalu.
“Mereka membuat tuntutan bahawa mereka merupakan keturunan Madiba. Tuntutan itu juga bukanlah tuntutan kewangan,’’ kata Katz yang menggunakan nama keturunan Mandela.
Spekulasi bahawa Mandela mempunyai hubungan intim dengan wanita lain semasa perkahwinannya dengan Mase telah tersebar sejak bertahun-tahun lalu.
Akhbar Afrika Selatan, The Star melaporkan, Mothoa tidak kisah tentang harta pusaka Mandela, namun mahu diiktiraf sebagai anak pemimpin itu, malah dia telah menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan dakwaannya.
Seorang lagi wanita, Mpho Pule, 63, meninggal dunia akibat angin ahmar pada 2009 selepas cuba menghubungi Mandela sebagaimana laporan akhbar Mail dan Guardian pada 2010.
Pule memulakan usaha membuktikan dakwaannya dengan cuba bertemu Mandela pada 1998 selepas neneknya memberitahu bahawa pemimpin itu merupakan bapanya.
Sementara itu, Yayasan Nelson Mandela memberitahu, Mandela mempunyai enam orang anak dengan tiga daripadanya meninggal dunia.
Bagaimanapun, nama Mothoa dan Pule tidak tersenarai dalam susur galur keluarga Mandela. - AP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140212/lu_09/Mahu-diiktiraf-anak-Nelson-Mandela#ixzz2t3BteEzI
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tuesday, February 11, 2014

Pancaroba

Orang-orang melayu mesti hapuskan Umno. Orang-orang Cina mesti hapuskan Umno. Orang-orang India mesti hapuskan Umno. Orang-orang Dayak dan Asli mesti hapuskan Umno. Ayuh berganding bahu menghapuskan Umno!!!

McDonalds tarik semula iklan berkaitan 'Kangkung'..



McDonald's Malaysia menarik semula iklan yang dilihat mempermainkan kenyataan kontroversi 'kangkung' oleh perdana menteri.

Rangkaian makanan segera popular itu memberitahu Malaysiakini yang iklan tersebut sebenarnya "tidak diluluskan" dan terlepas daripada saringan rasmi.

"McDonald's Malaysia ingin menjelaskan bahawa visual yang dihasilkan itu terlepas ke restoran-restoran kami akibat kesilapan komunikasi.

"Semua bahan ini telah ditanggalkan," kata rangkaian restoran itu dalam kenyataan mereka.

Bahan iklan itu yang mula dikesan di meja-meja restoran McDonald's di sekitar Lembah Klang adalah sebahagian daripada kempen pemasaran McSavers.

Ia berbunyi seperti berikut:

“Harga sayur tidak turun tapi harga burger tetap turun”

Ia ditanggalkan beberapa hari kemudiannya.

Ayat dalam kempen itu dilihat merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Najib Abdul Razak yang mendakwa harga kangkung sudah berkurangan.

Kenyataan itu yang dibuat Najib bagi menggambarkan bagaimana turun naik harga barang berlaku kerana faktor luaran dan bukannya dasar kerajaan, diperlekehkan oleh orang ramai.

~ Malaysiakini

9 Tanda Tanda Saat Kematian



1. 100 hari, seluruh badan rasa bergegar. 
2. 60 hari, pusat rasa bergerak-gerak. 
3. 40 hari, daun dengan nama orang yang akan mati di arah akan janin dan malaikat maut pun datang kepada orang dgn nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan kelihatan orang yang akan meninggal seperti sedang rungsing. 4. 7 hari, mengidam makan.
5. 5hari, anak lidah bergerak-gerak.
6. 3hari, bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
7. 2hari, seluruh dahi bergerak-gerak.
8. 1hari, terasa bahagian ubun-ubun bergerak-gerak pada waktu subuh dan asar.
9. Saat terakhir, terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang sulbi (di bahagian belakang badan) **Sebarkan kepada semua umat islam, anda juga akan mendapat pahala kerana menyebar apa yang benar tentang islam.. 

X perlu ulas panjang2.Semua sudah tau.

X perlu ulas panjang2.Semua sudah tau.

Monday, February 10, 2014

Yusuf Qaradhawi nafi dilarang berkhutbah


Doha: Ulama terkenal Sheikh Yusuf Qaradhawi dilapor tidak lagi menyampaikan khutbah Jumaatnya selepas khutbahnya baru-baru ini dilapor menjejaskan hubungan diplomatik antara Qatar dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ketidakhadiran ulama kelahiran Mesir itu menyebabkan timbulnya khabar angin bahawa beliau dilarang menyampaikan khutbah oleh kerajaan Qatar.


Bagaimanapun, akaun rasmi Twitter Yusuf semalam menyangkal khabar angin itu. “Khabar angin itu tidak benar. Sheikh Qaradhawi tidak pernah dilarang menyampaikan khutbah Jumaat. Beliau sebenarnya tidak sihat kerana selesema,” katanya.



Dalam khutbahnya di sebuah masjid di Doha, ibu negeri Qatar dua minggu lalu, ulama berkenaan mengecam UAE dan menganggapnya sebagai negara yang menentang pemerintahan Islam.


Khutbahnya itu disampaikan beberapa hari selepas UAE memenjarakan 30 penduduk tempatan dan Mesir kerana menganggotai pergerakan Ikhwanul Muslimin. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/10

Sunday, February 9, 2014

RTM henti sementara siaran 88 Kopitiam



SALAH satu adegan dalam klip video yang dihasilkan oleh Teresa Kok yang menimbulkan kontroversi.


KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menghentikan siaran sebuah rancangan sitkom yang ditayangkan stesen televisyen itu buat sementara waktu berikutan dakwaan pelakonnya terlibat dalam penerbitan video kontroversi Teresa Kok di laman sosial baru-baru ini.
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail (gambar kecil) berkata, pihaknya akan memanggil penerbit sitcom 88 Kopitiam itu dalam masa terdekat bagi mengesahkan perkara tersebut.
"RTM sedang mengkaji mana-mana rancangan yang mengaitkan pelakonnya dengan aktiviti yang memburuk-burukkan nama dan imej negara.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0209&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2smHqpfsR 
Hakcipta terpelihara 

Taib-Mahmud-sah-letak-jawatan


Taib Mahmud sah letak jawatan


Abdul Taib Mahmud hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi PBB di ibu pejabat parti Kuching, Sarawak, semalam. Turut hadir Timbalan Presiden I PBB, Tan Sri Alfred Jabu (kiri), Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (dua, kiri) dan Ketua Penerangan PBB, Tan Sri Adenan Satem (baju putih). - BERNAMA
KUCHING 8 Feb. - Spekulasi berhubung kedudukan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak terjawab, apabila beliau disahkan akan melepaskan jawatan itu yang disandangnya sejak 1981.
Bagaimanapun ketika ditemui pemberita, Abdul Taib yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kelihatan sebak sehingga menitiskan air mata tidak menyatakan tarikh sebenar beliau akan berundur, namun memaklumkan akan mengumumkan penggantinya Isnin ini.
Keputusan beliau mahu melepaskan jawatan yang sudah 33 tahun disandang itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap PBB yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako di sini.
Dalam mesyuarat tersebut, MKT PBB juga menyokong beliau dicalonkan sebagai pengganti Yang Di-pertua Negeri Sarawak berikutan tempoh perkhidmatan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng akan berakhir pada 28 Februari ini.
Menurut Mohamad Asfia, dalam mesyuarat tersebut, Abdul Taib telah mengumumkan hasrat untuk melakukan peralihan kuasa dan MTK PBB bersama Jawatankuasa Kaukus bersetuju meluluskan resolusi untuk memberi mandat kepada beliau memilih sendiri calon pengganti.
"Kita bersetuju memberi mandat kepada Ketua Menteri sebagai Presiden PBB untuk menamakan seorang calon pilihan sebagai Ketua Menteri baharu Sarawak.
"Calon (Ketua Menteri baharu) tidak diumumkan hari ini," katanya.
Yang turut hadir dalam sidang akhbar tersebut ialah Setiausaha Agung PBB, Datuk Dr. Stephen Rundi Utom dan Ahli MKT (Bumiputera) PBB, Datuk Talib Zulpilip.
Terdahulu, Abdul Taib bersama lebih 50 MKT PBB mengadakan mesyuarat khas membincangkan isu peralihan kuasa sejak pukul 10 pagi hingga 3 petang ini.
Menurut Mohamad Asfia, mesyuarat tersebut tidak membincangkan mengenai tarikh peletakan jawatan Abdul Taib kerana perbincangan mengenai nama calon yang sesuai perlu didahulukan.
"Tiada tempoh masa (diberikan untuk letak jawatan), ia bergantung kepada masa yang sesuai. Dakwaan mengatakan kemungkinan beliau meletak jawatan pada akhir Februari ini pula hanya spekulasi tetapi mungkin juga benar dan kemungkinan itu tidak ditolak.
"Setakat ini, beliau tidak pernah menyebut sebarang nama atau personaliti yang bakal menggantikannya. Siapa sahaja yang beliau pilih sebagai Ketua Menteri akan mendapat sokongan penuh MKT dan kaukus," ujarnya sambil memberitahu PBB sendiri mempunyai pemimpin berkaliber yang boleh mengisi jawatan tersebut.
Beliau berkata, pemilihan calon Ketua Menteri baharu menjadi keutamaan kerana Ketua Menteri adalah jawatan eksekutif dan beliau bakal mengetuai Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Kesebelas (PRN-11) nanti, memandangkan Sarawak akan tamat penggal pada 20 Jun 2016.
Mohamad Asfia berkata, Abdul Taib memang mempunyai senarai pendek nama calon pengganti pilihan dan tidak menolak antara dipertimbangkan ialah tiga nama pemimpin yang sering dikaitkan bakal menggantikan beliau sebelum ini.
Tiga nama tersebut ialah Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-Tugas Khas), Tan Sri Adenan Satem; Menteri Perumahan merangkap juga Menteri Pelancongan negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.
Beliau turut tidak menolak kemungkinan PRN-11 akan diadakan lebih awal.
Dalam pada itu, katanya, sebagai menghargai jasa Abdul Taib sebagai Ketua Menteri kepada negeri dan rakyat negeri ini, MKT juga menyokong supaya namanya dicalonkan menggantikan Yang Di-pertua Negeri Sarawak kerana berpendapat beliau paling sesuai mengisi jawatan tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140209/po_06/Taib-Mahmud-sah-letak-jawatan#ixzz2smEHxDLs
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, February 8, 2014

Taliban tangkap anjing tentera Nato



Membuktikan dakwaan itu, mereka memuat naik rakaman video memaparkan haiwan berkenaan memakai abah-abah berteknologi tinggi.

Taliban menghantar rakaman video itu menerusi e-mel.
Dalam klip video itu, seekor anjing coklat diikat dan dikawal anggota Taliban. Ia memakai abah-abah yang dilengkapi kamera video dan anjing itu dikatakan bergelar “Kolonel”.

Jurucakap Taliban, Zabiullah Mujahid semalam berkata, anjing itu ditangkap ketika pertempuran sebulan lalu di Laghman, timur Kabul. Nato mengesahkan mereka kehilangan seekor anjing tenteranya hilang dalam satu misi Disember lalu. - AP
Foto
VIDEO menunjukkan anjing milik tentera Nato yang ditangkap kumpulan Taliban.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/08

Fikir dulu sebelum belanja bernikah



Jakarta: Mana-mana pasangan Indonesia yang merancang bernikah tahun ini wajar memikirkan semula peruntukan kewangan masing-masing.

Semalam media melaporkan, kerajaan dijangka meminda kadar bayaran pendaftaran pernikahan bagi mengelakkan amalan rasuah serta salah urus.


Timbalan Penyelaras Pendidikan dan Agama di Kementerian Kesejahteraan Rakyat, Agus Sartono berkata, pindaan itu dibuat kerana kadar bayaran semasa masih di tahap Rp30,000 (RM8.20).



“Sedangkan kebanyakan urusan pernikahan dan pendaftaran dibuat selepas waktu pejabat atau di tempat yang jauh.


“Kadang-kadang petugas terpaksa menggadai nyawa menaiki bot meredah ombak untuk sampai ke tempat pengantin,” katanya.


Justeru, kata Agus, keadaan itu mungkin mendorong amalan rasuah bagi memudahkan urusan pendaftaran. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/08