Wednesday, April 28, 2010
Tembak orang macam tembak anjing!!!
Wajah kanak-kanak yang ditembak polis. Adakah seperti wajah perompak? Bagaimana kalau
kanak-kanak ini anak anda atau adik anda atau saudara mara anda?
Tembak orang seperti tembak anjing. Seolah-olah nyawa tidak bernilai langsung! Sebelum ini ramai
orang indonesia ditembak mati
dilabelkan dengan perompak atau penyamun! Sekarang terkena orang Malaysia, baru tahu!
Kanak-kanak pulak tu. Umur baru 15 tahun masih sekolah lagi. Tak adapun bawa senjata api.
Sebelum ini ada diantara orang-orang indonesia yang mengadu kawan mereka yang ditembak
polis orang baik memandu kereta pun tak tahu dan rtak ada lesen tiba-tiba ditembak polis.
Dituduh perompak. Kalau yang ditembak itu anak sendiri atau saudara sendiri baru lah tahu
bagaimana perasaan keluarga simangsa sekarang. Jangan sampai hendak mengakkan benang
basah kemudian mengada-adakan cerita dan meletakan senjata didalam kereta mangsa.
Ini boleh berlaku untuk menutup kesilapan pihak polis.
Undang -undang tidak memihak pada polis. Undang-undang tetap dikenakan pada semua
orang tidak mengira pangkat dan kedudukan. Kerajaan patut ambil perhatian dalam perkara
ini supaya rakyat tidak hilang kepercayaan kepada polis dan juga kerajaan.
Rakyat tidak mahu sikap double standard yang berat sebelah untuk menutup kelemahan
atau kesilapan pihak polis ataupun pihak kerajaan.
Labels:
bunuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment