Tindakan tegas terhadap kenyataan berbaur hasutan Wakil gabungan itu, Hamidzun Khairuddin berkata, gesaan itu dibuat selepas Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mengeluarkan kenyataan mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang menjadikan masjid sebagai tempat berkempen politik dalam blognya. “Kita (semua NGO) berasa kesal dengan kenyataan tersebut kerana tindakan Zaid dianggap sangat biadab dan terdapat kecenderungan untuk menghasut pemikiran orang ramai. “Malah, tindakan itu boleh membangkitkan perasaan tidak setia rakyat terhadap Raja-raja Melayu dan kerajaan,” katanya selepas membuat laporan polis terhadap kenyataan Zaid di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, kira-kira jam 3.10 petang, semalam. Seramai kira-kira 30 orang hadir memberi sokongan terdiri daripada ahli UMNO Bahagian Kapar, Majlis Belia Selangor, Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Selangor Klang dan Masjid al-Ansar, Kapar. Mereka beredar dari IPD Klang kira-kira jam 4 petang selepas selesai membuat laporan polis, semalam. |
Saturday, May 8, 2010
guna sultan untuk politik sempit
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment