Saturday, May 8, 2010

Saman saja jangan biarkan mereka bermaharajalela

SHAH ALAM: Sepasang suami isteri memfailkan saman menuntut ganti rugi RM4.75 juta terhadap Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia kerana mendakwa ditembak bertubi-tubi dan membuta tuli oleh dua anggota polis, tahun lalu.
Siti Nasrinda Tumirin, 23, dan suaminya Mohd Fauzi Mohd Daud, 26, serta bapa mentuanya Mohd Daud Abdul Ahmad, 51, menamakan dua anggota polis di Ibu Pejabat Polis Klang, Konstabel Razlan Mohd Khairi dan Koperal Abdul Wahab Ishak sebagai defendan pertama dan kedua diikuti Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof dan Datuk Abdul Khalid Abu Bakar Ismail. Mereka juga menamakan Tan Sri Musa Hasan defendan kelima dan kerajaan Malaysia sebagai defendan keenam. Plaintif memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, melalui Tetuan M Manoharan pada jam 10 pagi di sini, semalam.
Dalam pernyataan tuntutan itu, plaintif mendakwa pada 19 Ogos 2009, jam 8.30 malam, ketika plaintif pertama dan kedua berbincang dalam kereta plaintif ketiga di sebuah lorong di Taman Perumahan Sungai Keramat, Klang Utama, Selangor, dua anggota polis menaiki kereta peronda menghampiri dan menyuluh ke dalam kereta.

Akibat rasa takut, plaintif kedua terus memandu keluar dari lorong itu dan kedua-dua defendan tetap mengekori mereka.

Plaintif mendakwa, ketika dikejar, kedua-dua defendan melepaskan beberapa das tembakan terhadap kereta itu sehingga satu peluru itu mencederakan belakang pinggang kanan plaintif pertama.

Sebaik plaintif kedua menghentikan kereta melihat kecederaan tunangnya, kedua-dua defendan didakwa keluar kereta peronda dan mengacukan pistol. Plaintif menuntut deklarasi defendan melanggar Perkara 5, Perlembagaan Persekutuan, gagal mematuhi Akta Polis 1967 serta suatu deklarasi defendan pertama dan kedua melakukan kesalahan cubaan membunuh, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Dalam afidavit, plaintif juga menuntut semua pertuduhan tanpa asas terhadap mereka ditarik balik serta-merta dan Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan serta merta bagi menyiasat aduan.

No comments:

Post a Comment