Maut isi perut terburai
KUALA LUMPUR: Dalam keadaan isi perut terburai selepas digilis tayar lori, seorang penunggang motosikal masih mampu mengucap dua kalimah syahadah ketika orang ramai datang membantu menyelamatkannya, semalam.
Detik kemalangan ngeri yang menyayat hati itu, bagaimanapun, berakhir beberapa minit kemudian apabila mangsa menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan berlumuran darah.
Jurucakap polis berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa sedang menunggang motosikal bersendirian melalui jalan di Kilometer 38, Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) berhampiran Desa Tun Razak di sini.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, mangsa yang dalam perjalanan menuju ke Bukit Jalil di sini dipercayai terjatuh selepas bergesel dengan sebuah kereta dipercayai model Proton Saga di sini.
“Kemalangan itu menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan dan tidak sempat bangun menyelamatkan diri. Pada masa sama sebuah lori tanah yang mengekori dari belakang gagal mengelak sebelum mangsa digilis di perutnya.
“Lebih mengerikan apabila mangsa diseret lebih 10 meter oleh lori berkenaan hingga menyebabkan isi perut dan daging tubuhnya bertaburan di atas jalan raya,” katanya.
Menurutnya, mangsa, Muhammad Qaiyyum Jamal Abd Nasir, 24, dari Taman Desa Tasik, Sungai Besi di sini masih bernyawa beberapa saat selepas dia digilis walaupun separuh tubuhnya hancur.
“Orang ramai yang mengetahui mangsa beragama Islam dan kebetulan ada yang mengenalinya sempat mengajar mengucap dua kalimah syahadah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
“Susulan kejadian itu, polis yang dimaklumkan berhubung kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian sebelum mengawal lalu lintas selain mengutip cebisan mayat mangsa,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.
Sementara itu, pemandu lori terbabit, Daymonds Mamertus, 35, memberitahu tidak sempat mengelak berikutan mangsa jatuh betul-betul di hadapan kenderaannya.
Menurutnya, kejadian itu pengalaman paling mengerikan dalam hidupnya sejak memandu lori hampir 10 tahun lalu apatah lagi dengan keadaan mayat mangsa yang amat tragis.
Digilis lori kren depan mata ibu
MELAKA - Seorang ibu melalui pengalaman ngeri apabila melihat sebahagian badan anaknya hancur digilis tayar sebuah lori kren di Sungai Putat di sini dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang kelmarin.
Dalam kejadian itu, Leha Mohamad, 40-an, menunggang motosikal membawa anaknya, Rozitah Omar, 26, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Bukit Baru dari kilang tempat mereka bekerja di Ayer Keroh.
Bagaimanapun, setibanya di tempat kejadian, motosikal itu dipercayai bergesel dengan sebuah lori kren menyebabkan Rozitah tercampak ke atas jalan lalu digilis oleh tayar belakang lori kren tersebut.
Jatuh tengah lebuh raya
SEREMBAN: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bakal diijabkabulkan dengan pasangannya semalam, maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 281.6 Lebuh raya Utara-Selatan di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, Laskar Udara Kanan Mohd Redzuan Abu, 28, mati di tempat kejadian kerana parah di beberapa bahagian badan.
Ketika kejadian, dia yang menunggang motosikal Yamaha RXZ dalam perjalanan dari Ipoh, Perak, menuju rumah keluarganya di Jasin, Melaka.
Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri di lorong tengah lebuh raya gagal mengawal motosikalnya lalu terjatuh.
“Sebuah kereta yang berada di belakangnya sempat mengelak melanggar mangsa yang jatuh terbaring di tengah jalan.
“Bagaimanapun, sebuah Proton Wira yang tiba sejurus kemudian gagal mengelak lalu terlanggar mangsa menyebabkan dia maut di tempat kejadian,” katanya di sini, semal
Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu, Laskar Udara Kanan Mohd Redzuan Abu, 28, mati di tempat kejadian kerana parah di beberapa bahagian badan.
Ketika kejadian, dia yang menunggang motosikal Yamaha RXZ dalam perjalanan dari Ipoh, Perak, menuju rumah keluarganya di Jasin, Melaka.
Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang menunggang motosikal seorang diri di lorong tengah lebuh raya gagal mengawal motosikalnya lalu terjatuh.
“Sebuah kereta yang berada di belakangnya sempat mengelak melanggar mangsa yang jatuh terbaring di tengah jalan.
“Bagaimanapun, sebuah Proton Wira yang tiba sejurus kemudian gagal mengelak lalu terlanggar mangsa menyebabkan dia maut di tempat kejadian,” katanya di sini, semal
Orang Asli maut dirempuh kereta
BAHAU – Akibat mahu mengelak seekor lembu berkeliaran di jalan, seorang penduduk kampung Orang Asli, di sini maut selepas terbabit kemalangan di kilometer 7 Jalan Tampin arah Bahau, di sini kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 7.30 petang itu, mangsa, Khairul Moi, 34, meninggal dunia selepas tercampak dari motosikalnya akibat bertembung sebuah kereta yang hendak mengelak lembu berkenaan. Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah dari sebuah kuil. Kemalangan turut menyebabkan motosikal yang belum diketahui jenisnya, terbakar dan rentung. Jurucakap polis berkata, kereta Proton Wira tersebut dipercayai cuba mengelak lembu di atas jalan dan kemudiannya memasuki laluan bertentangan. “Ini menyebabkan kereta terbabit merempuh motosikal ditunggang mangsa, “ katanya. Menurutnya, semasa kejadian, jalan gelap menyebabkan pemandu kereta dipercayai tidak nampak binatang berkenaan. “Mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bandar Seri Jempol, di sini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini. Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya berhati-hati semasa memandu selain meminta penternak lembu tidak membiarkan binatang peliharaan mereka tidak mengganggu pengguna jalan. Sementara itu, abang mangsa, Bakar Achin, 43, berkata, motosikal adiknya itu hangus terbakar selepas bertembung sisi kereta tersebut yang dipandu seorang lelaki. Menurutnya, mangsa menetap bersama ibunya di kampung Orang Asli Sungai Klebang berhampiran pekan Rompin dan meninggalkan seorang balu serta empat orang anak. “Saya menasihatkan adik supaya mengikut jalan pintas belakang ketika pulang ke rumah tetapi mangsa berdegil dan tetap mengikut jalan besar. “Hati saya tidak sedap dan telah mengekori dari belakang sehingga motosikal ditunggangnya bertembung dengan kereta lalu terbakar,” katanya. Beliau berkata, mangsa merupakan anak bongsu daripada enam beradik. |
BAYAN BARU - Selepas setahun terlantar koma di rumahnya di Kampung Baru Sungai Ara dekat sini, Mohd. Rafiq Jamat, 30, akhirnya meninggal dunia petang kelmarin.
Kisah malang juruteknik kilang di Butterworth ini pernah dipaparkan Kosmo! tahun lalu selepas sebahagian tempurung kepala sebelah kiri dan kanannya terpaksa dibuang akibat kemalangan jalan raya.
Insiden 6 April tahun lalu berlaku setelah motosikal yang ditunggangnya kemalangan di atas Jambatan Pulau Pinang semasa dalam perjalanan ke tempat kerja mengakibatkan tulang bahunya patah dan berlaku pendarahan otak.
Menurut isterinya, Noor Syarmila Rahim, 25, suaminya dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada Selasa lalu untuk memasang semula tempurung kepalanya.
"Pada masa itu keadaannya tak stabil dan melalui imbasan x-ray doktor maklumkan terdapat air dalam paru-paru arwah suami.
"Sepatutnya doktor nak buat pembedahan paru-paru itu pagi kelmarin namun keadaannya semakin kritikal sebelum beliau disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.50 petang," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.
Ajal depan sekolah
Ajal depan sekolah
KOTA BHARU - Seorang pesara tentera, Mazlan Daud, 44, meninggal dunia di depan Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh setelah motosikal yang ditungganginya bergeser dengan sebuah lori, kira-kira jam 11.30 pagi, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar berkata, dalam kejadian berkenaan, mangsa dikatakan menunggang motosikal dari arah Kok Lanas menuju ke Ketereh. “Tiba di hadapan sekolah, mangsa dikatakan berada di tengah dua kenderaan iaitu di bahagian kiri adalah lori dan di bahagian kanan jalan pula terdapat motosikal. “Mangsa juga dipercayai bergeser dengan lori yang berada di sebelah kiri jalan menyebabkan dia (arwah) terjatuh dari motosikalnya lalu terkena tayar lori,” katanya kepada pemberita di sini, semalam. Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan teruk pada bahagian organ dalaman dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian untuk dibedah siasat. Menurutnya, kes kemalangan terbabit disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Katanya, penunggang motosikal sebuah lagi pula menerima kecederaan ringan dan turut menerima rawatan kesihatan. Remaja hilang maut langgar lariPUNCAK ALAM: “Luluh hati saya apabila menerima panggilan daripada seorang anggota polis mengatakan anak saya maut akibat kemalangan. “Berita sedih ini saya terima jam 4.45 petang tadi (semalam) sebelum saya sekeluarga bergegas ke Hospital Slim River,” kata Shaedi Abu Bakar, 49, bapa kepada Shafain, 16, yang dilaporkan hilang, Selasa lalu. Shaedi berkata, menurut polis yang menyiasat kes itu, anaknya ditemui mati dipercayai mangsa langgar lari di Hulu Bernam, dekat sini, Rabu lalu, iaitu sehari dia dilaporkan hilang. “Selepas diminta mengecam mayat, sah itu anak saya berdasarkan beberapa tanda dan pakaian yang dipakainya. “Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, tetapi saya reda dan menganggap ia ketentuan Ilahi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam. Mangsa cedera parah di kepala dan badan, bagaimanapun polis yang menyiasat kes itu belum dapat mengenal pasti kenderaan yang melanggar mangsa. Shaedi berkata, motosikal yang ditunggang anaknya ketika kejadian juga tidak ditemui di tempat kejadian. Jenazah dibawa pulang ke rumah mangsa di Puncak Alam dan dijangka dikebumi sebelum Zuhur, hari ini. Digilis lepas jatuhTRAGEDI...mayat Norlaili diangkat untuk dibedah siasat. Gambar kecil, Norlaili.Kereta itu yang mengekori mangsa dari belakang gagal mengelak selepas Norlaili Jamaludin, 25, tergolek di atas jalan sebelum melanggar mangsa. Sumber polis berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 6 petang ketika mangsa bersama rakan lelakinya menaiki motosikal di Lebuhraya Baru Pantai (NPE) arah Kuala Lumpur berhampiran Taman Medan, di sini. Menurutnya, rakan mangsa, Faizul Majid, 22, dalam perjalanan menghantar Norlaili pulang ke rumah saudaranya tidak jauh dari tempat kejadian. “Setibanya di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi Faizul gagal mengelak lalu merempuh sisi belakang sebelah kanan sebuah bas RapidKL yang diletak di bahu jalan menyebabkan kedua-dua mereka tercampak ke atas jalan raya. “Sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun gagal mengelak sebelum merempuh Norlaili. Rempuhan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di muka dan badan,” katanya. Menurutnya, siasatan mendapati Norlaili berasal dari Jalan Sawi 6, Yap Tau Sah, Kluang, Johor. “Kemalangan itu turut menyebabkan Faizul cedera parah. Faizul dari Kemaman, Terengganu penuntut tahun pertama, Ijazah Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam,” katanya. Orang ramai yang menghubungi talian kecemasan 999 resah apabila ambulans tidak muncul selepas lebih 30 minit sehinggalah pegawai penyiasat trafik muncul di lokasi kejadian. Akhirnya, sebuah kereta peronda polis yang tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 7 malam mengambil risiko menghantar Faizul ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Jenazah Norlali turut dihantar ke PPUM dengan kenderaan pacuan empat roda polis beberapa minit kemudian untuk bedah siasat. Ketua Polis Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintendan Che Hussin Omar berkata, pemandu kereta terbabit sudah membuat laporan polis bagi membantu siasatan. Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang pemandu kereta yang memandu laju menggunakan tayar gantian maut selepas tercampak keluar sejurus kenderaan dipandu terbabas dan melanggar pagar kawasan tapak pembinaan. Dalam kejadian jam 5 pagi semalam, rempuhan kuat kereta Proton Satria itu turut mengakibatkan enjin kenderaan tercabut sebelum tercampak keluar kira-kira 20 meter. Sumber polis berkata, kemalangan berlaku ketika Jinnah Rao Munusamy, 23, memandu bersendirian berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) susur Kepong, di sini. |
No comments:
Post a Comment