Difahamkan, kenderaan itu dipinjamkan kepada pembantu kanan kepada timbalan menteri terbabit selepas kereta kakitangannya itu rosak.
Dalam kejadian antara jam 12 hingga 7 pagi semalam, kereta jenis Proton Perdana V6 berwarna hitam itu disedari hilang kira-kira jam 8 pagi sebaik pembantunya mahu menghantar semula kenderaan berkenaan.
Difahamkan, kereta yang dicuri itu didaftarkan atas nama abang kepada tokoh politik terbabit dan diletakkan di hadapan rumah salah seorang pembantu kanannya.
Menurut sumber, kehilangan kenderaan itu hanya disedari pembantu kanannya itu ketika mahu menghantar kereta berkenaan semula ke rumah ahli politik terbabit di Taman Sri Gombak, sebelum ke pejabatnya di Putrajaya.
“Pengadu mendakwa kereta itu diletakkan di hadapan rumahnya kira-kira jam 9 malam tadi selepas pulang bekerja dan yakin kenderaan itu masih berada di situ sehingga jam 12 tengah malam.
“Dia (pengadu) mendakwa bapa saudaranya yang datang melawatnya ketika itu memaklumkan kenderaan berkenaan masih berada di hadapan rumahnya.
“Selepas menyedari kenderaan dipinjamnya itu hilang, pembantu kanannya itu berusaha mencarinya di sekitar taman perumahan berkenaan namun gagal,” katanya.
Sehubungan itu, pembantu kepada timbalan menteri itu membuat laporan di Balai Polis Kepong jam 9 pagi semalam.
Difahamkan, pengadu mendakwa terdapat dokumen kerja, termasuk jadual harian timbalan menteri terbabit dalam kereta itu selain ’pen drive’ mengandungi maklumat kementerian.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian.
No comments:
Post a Comment