2010/09/06
KUALA LUMPUR: Seramai 20 Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap Naib Presiden parti, Azmin Ali untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR, November ini.Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas, berkata sokongan itu berdasarkan ketokohan, kepemimpinan dan ketahanan Azmin dalam meneruskan agenda rakyat sejak penubuhan PKR.
"Beliau tidak pernah serik walaupun pernah diaibkan keluarga sendiri dalam mengharungi gerakan reformasi," katanya pada sidang media di sini.
No comments:
Post a Comment