Wednesday, October 20, 2010

Mangsa terpaksa bernafas di ruang tingkap bot


ELIZABETH Diran mendukung anak bongsunya, Agnes Sun Ping.


BINTULU 19 Okt. – Seorang daripada mangsa tragedi bot ekspres menceritakan detik cemas dia terpaksa bernafas dari ruang tingkap bot ketika kenderaan pengangkutan itu hampir tenggelam.
Elizabeth Diran, 28, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana air masuk ke dalam bot begitu cepat, sehingga menyukarkan dia untuk menyelamatkan diri.
Meskipun seorang anaknya, Alicia Emelda Sumping, 5, masih hilang, Elizabeth sempat memeluk seorang lagi anaknya berusia 2 tahun, Agnes sebelum mereka dua beranak diselamatkan oleh seorang wanita yang tidak dikenali.
“Selepas perlanggaran itu, air masuk ke dalam bot begitu pantas, saya tidak tahu apa yang harus dilakukan namun sempat memeluk anak saya (Agnes).
“Ketika bot itu hampir tenggelam, saya terpaksa bernafas dari ruang tingkap bot ekspres yang hanya tinggal lima sentimeter belum dinaiki air sebelum saya ditarik oleh seorang wanita,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Elizabeth merupakan salah seorang daripada 17 yang terselamat dalam tragedi bot ekspres terbalik dan karam selepas merempuh sebuah kapal tunda di hulu Sungai Anap, Tatau dekat sini petang semalam.
Menceritakan kejadian itu, dia berkata, pada mulanya dia terdengar bunyi dentuman kuat yang mengakibatkan bot terbalik sebelum secara tiba-tiba air deras memasuki ruang di dalam bot ekspres itu.
Panik melihat kejadian itu, Elizabeth terus menarik anaknya, Agnes yang kebetulan tidur di sebelah tempat duduknya keluar menerusi ruang jendela di belakang bot.http://www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment