Oleh Sahlina Sahkirin
2010/11/26
Penduduk Kampung Pulau Tinggi minta segera bina bentengPULAU TINGGI: Lapan keluarga di Tanjung Balang, dekat sini, kini resah dan bimbang berikutan kawasan pesisiran rumah mereka mengalami hakisan teruk sejak tiga tahun lalu.
Hakisan tepi pantai akibat ombak besar pada musim tengkujuh itu mengakibatkan hakisan teruk di kawasan tepi pantai pulau berkenaan yang boleh mengancam nyawa dan harta benda penduduk terbabit.Sehubungan itu, penduduk terbabit menggesa pihak berkuasa melakukan sesuatu dengan segera sebelum berlaku kejadian tidak diingini di kawasan berkenaan, termasuk rumah penduduk dihanyutkan ombak pada musim tengkujuh yang dijangka melanda daerah itu tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment