Wednesday, November 24, 2010

Isu ADUN ditumbuk hangatkan Dewan





2010/11/24

PENGGULUNGAN peringkat jawatankuasa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani semalam panas apabila wujud pertikaman lidah kira-kira lima minit antara wakil rakyat pembangkang dengan Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berhubung insiden Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim yang didakwa dipukul di Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang, Selangor. 

Terdahulu, isu itu dibangkitkan oleh Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) pada sesi perbahasan peringkat jawatankuasa kementerian yang inginkan penjelasan daripada Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang berhubung insiden terbabit.
Noh berkata, beliau sudah menulis surat kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membolehkan beliau menemui semua ADUN Selangor termasuk Ng berhubung isu itu.
Yang Berhormat tidak ada di sana, saya juga tidak ada di sana. Jadi biar dia (Ng) berdepan dengan saya. Yang Berhormat tidak payah campur tangan. Saya sedang menunggu bila Menteri Besar Selangor hendak jawab surat saya, katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2011 peringkat jawatankuasa kementerian itu. 

Dalam kejadian awal bulan ini, Ng mendakwa beliau dan pemandunya dipukul sekumpulan ahli Pemuda UMNO ketika mahu bertemu petani di kampung terbabit. 

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang mempertikaikan penjelasan Noh dengan menyifatkan tidak wajar kerana mempertahankan tindakan penduduk kampung. 

Khalid Abd Samad (PAS-Shah Alam) yang bangun mencelah berkata: Hakikatnya tindakan ganas tidak perlu dibela. Sepatutnya menteri menegur tindakan orang kampung, tapi masalahnya menteri tidak hormat undang-undang sampai boleh membela orang yang pukul ADUN, katanya. 
Perkembangan itu memaksa Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee campur tangan meminta Ahli Parlimen menghentikan pertikaman lidah.

No comments:

Post a Comment