Wednesday, November 24, 2010

Lelaki dihukum penjara dan rotan kerana rogol, cabul anak perempuan

SINGAPURA




SEORANG lelaki dihukum penjara 29 tahun dan sebat 24 kali semalam kerana merogol dan melakukan dera seks ke atas anak perempuannya.
Buruh berusia 35 tahun itu melakukan perbuatan itu sepanjang tempoh 10 tahun - sejak anaknya berusia enam tahun.Dia telah didapati bersalah kelmarin atas lima tuduhan, tiga rogol dan satu tuduhan seks oral dan mencabul kehormatan.Dia dihukum penjara 12 tahun dan sebat 12 kali bagi setiap kesalahan rogol itu, penjara dua tahun dan sebat sekali bagi kesalahan mencabul kehormatan dan penjara lima tahun bagi kesalahan seks oral.Hukuman bagi kesalahan seks oral dan dua tuduhan rogol itu dijalankan berasingan dan ini bermakna dia dikenakan hukuman penjara 29 tahun dan 24 rotan.Hukuman bagi satu lagi kesalahan rogol dan cabul kehormatan dijalankan serentak.Kesemua kesalahan itu dilakukan antara 1999 hingga tahun lalu.Dalam perbicaraan kelmarin, lelaki itu menafikan kesemua tuduhan dengan alasan gadis yang kini berusia 17 tahun itu sengaja mengadakan cerita.Gadis itu salah seorang daripada tiga anaknya. Namanya tidak boleh disiar bagi melindungi identitinya.Mahkamah diberitahu bahawa lelaki itu bermula dengan memaksa anak melakukan seks oral ke atasnya ketika anaknya berusia enam tahun.Setahun kemudian, dia merogol anaknya itu sebanyak dua kali di ruang tamu flat sewanya.Gadis itu berkata ayahnya mendatanginya untuk melakukan perbuatan tersebut pada waktu malam ketika ibunya keluar bekerja.Ibunya seorang pekerja pengeluaran.Lelaki itu memasuki bilik tidur yang dikongsi ketiga-tiga anaknya dan kemudian memangil mangsa ke ruang tamu untuk dia melakukan kesalahan tersebut.Dia merogol anaknya sehingga 2006. Selepas tempoh tersebut, anaknya hanya pulang ke rumah selepas ibunya ada.Jika ibunya keluar bekerja atau tiada di rumah, mangsa menghabiskan terluang selepas sekolah di perpustakaan awam.Pada April tahun lalu, sebulan selepas mangsa dan adik-beradiknya serta ibu mereka berpindah, mangsa pulang ke rumah untuk mengambil pakaian dan barang-barangnya.Ketika itu ayahnya cuba menanggalkan pakaian mangsa tetapi tidak berhasil.Kemudian anaknya mengadukan apa yang berlaku bertahun-tahun itu kepada ibunya.Dalam pembelaannya, lelaki itu mendakwa mangsa sengaja mengadakan cerita kerana dia terlalu mengongkongnya.Dia juga mendakwa mangsa mempunyai masalah disiplin dan marah terhadapnya kerana lebih menyayangi adik perempuannya.Hukuman dikira mulai 30 April tahun lalu.

No comments:

Post a Comment