Iklan yang disiarkan ejen menyifatkannya sebagai ‘piala hartanah’ yang akan menarik minat bilionair Russia, bintang Hollywood atau pak sheikh dari negara Arab.
Tetapi, harga yang ditawarkan, 79 juta paun (RM395 juta) adalah terlalu tinggi hingga memaksa pemiliknya menurunkannya sedikit apabila ia tidak mendapat sambutan.
Kini, hampir 18 bulan selepas hartawan Sir Anthony Bamford mengambil keputusan untuk menjual kediamannya di Chelsea, barat London dengan harga 36 juta paun lebih tinggi daripada yang dibayarnya empat tahun lalu, dia akhirnya menemui pembeli paling se�suai. Bagaimanapun, pembeli itu bukanlah jutawan minyak atau bilionair Russia. Namun dia jauh lebih muda dan cantik.
Dia adalah Petra, anak pe�rempuan ketua Formula 1, Bernie Ecclestone, yang muda dan jelita.
Pada usia 22 tahun, model yang kini menjadi pereka fesyen, sudah agak lama tinggal bersama teman lelakinya, ahli perniagaan, James Stunt di rumah tujuh tingkat di Eaton Square, Belgravia.
Dengan 14 bilik yang sudah sedia ada di rumah baru itu, ia pasti amat sesuai bagi Petra. Seorang pelawat yang pernah mengunjungi kediamannya di Eaton Square berkata, bilik persalinannya saja memenuhi satu daripada tujuh tingkat kediaman lamanya itu.
Rumah yang baru dibelinya, lengkap dengan rumah kecil di taman, terletak tidak jauh dari jalan raya dan mempu�nyai enam bilik tetamu di sam�ping 10 bilik air. Ia mempunyai ruang secukupnya bagi James dan koleksi wainnya. Empat anjing Petra, dua bulldog, seekor boxer dan seekor spaniel, juga pasti mempu�nyai begitu banyak bilik untuk dikongsi. Rumah berkenaan yang berdekatan dengan kediaman tunang Putera William, Kate Middleton, dijual oleh ejen hartanah, Beauchamp Estates di Mayfair.
Dengan lamannya sendiri, bahagian depan yang luas dan rancangan untuk membina kolam mandi dan gim bawah tanah sudahpun diluluskan, ia disifatkan sebagai hartanah paling berharga di Chelsea ketika ini.
Anthony dan isterinya, Carole membeli rumah agam berke�naan daripada ahli perniagaan Lubnan, Ely Calil pada 2006 dengan harga STG45 juta.
Bagaimanapun, mereka tidak berpindah ke situ, sebaliknya memilih untuk menetap di rumah mereka di Knightsbridge.
Hasrat mereka untuk menjualnya dengan harga STG79 juta (RM395 juta) tidak tercapai kerana tidak ada pembeli hingga mereka terpaksa menurunkannya kepada STG66.5 juta paun (RM333 juta) lima bulan lalu.
Seorang rakan Petra berkata: “Jual beli rumah itu belum muktamad tetapi ia dalam proses.” Kenapa wanita muda dan belum berkahwin itu mahu rumah sedemikian masih belum jelas.
Namun, seorang kawan berkata: “ Dia mampu memiliki�nya!”
No comments:
Post a Comment