Tuesday, December 7, 2010

Penarikan dua darjah bukan isu besar: Ku Li




2010/12/07

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menganggap penarikan dua darjah kebesaran oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V, bukan isu besar. 

Beliau berkata, ini kerana darjah kebesaran yang dikurniakan lebih 30 tahun itu hanya digunakan untuk majlis rasmi istana saja.“Soal ini (penarikan darjah kebesaran) bukan isu besar atau serius,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, semalam.Beliau mengulas keputusan Sultan Kelantan menarik Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) serta pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang dianugerahkan kepada Tengku Razaleigh yang juga datuk saudara baginda, berkuat kuasa Khamis lalu. 

No comments:

Post a Comment