Saturday, March 5, 2011

Pilihan raya Tunisia 24 Julai ini

Utusan Malaysia Online - Luar Negara: "

TUNIS 4 Mac - Tunisia akan mengadakan pilihan raya pada 24 Julai ini untuk memilih anggota sebuah dewan perlembagaan yang akan merangka semula perlembagaan dan mengatur peralihan negara ini kepada demokrasi berikutan penyingkiran pemimpin diktatornya.

Presiden sementara, Fouad Mebazza dalam ucapan di televisyen malam tadi berkata, beliau dan sebuah kerajaan sementara akan terus memegang kuasa sehingga pilihan raya diadakan.

Mebazza menerajui pemerintahan negara ini sejak Zine al-Abidine Ben Ali disingkirkan sebagai Presiden pada 14 Januari lalu.

'Hari ini kita isytiharkan kita memasuki era baru dan memulakan sistem politik baru yang tiada hubungan dengan rejim yang disingkirkan,' kata Mebazza.

Sumber di pejabat Presiden berkata, selepas anggotanya dipilih, dewan perlembagaan itu boleh melantik sebuah kerajaan baru atau meminta Perdana Menteri sementara meneruskan perkhidmatan sehingga pilihan raya Presiden dan Parlimen diadakan. - Reuters"

No comments:

Post a Comment