27 Mei 2012
BANDAR BARU BERA - Dua daripada 21 orang yang menggunakan saluran mahkamah untuk membatalkan proses pinjaman saham daripada bank tempatan baru-baru ini memohon maaf secara terbuka kepada semua peneroka Felda.
Ishak Mat, 64, dan Ramli Md Nin, 58, yang turut membuat laporan polis pada 19 Mei lalu kerana mendakwa mereka dianiaya pihak tertentu bagi tujuan tersebut.
Menurut Ishak, selain itu, mereka membuat akuan bersumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah untuk menarik diri dan membatalkan nama dalam senarai 154 peneroka yang menyaman 12 pengurus Felda di seluruh negara.
Katanya, tindakannya menyerahkan salinan kad pengenalan kepada seorang rakan membawa padah bukan sahaja kepada dirinya tetapi peneroka yang lain.
“Saya memohon maaf kepada peneroka di sini dan di seluruh negara, Felda dan juga kerajaan.
“Sememangnya saya silap kerana menyerahkan salinan kad pengenalan tanpa bertanya tujuan dia berbuat demikian,” kata beliau ketika ditemui Sinar Harian di Felda Kumai dekat sini, semalam.
Katanya, sejak menjejak kaki di bumi Felda, tidak pernah mahu membelakangi pengurusan atau Felda sebaliknya akan sentiasa menyokong tindakan Felda terutamanya dalam hal penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.
Sementara itu, Ramli berkata, dia juga dianiaya seorang rakan kerana diminta menyerahkan salinan kad pengenalan.
Katanya, pada ketika itu, dia difahamkan salinan itu akan digunakan untuk menarik semula permohonan pinjaman saham yang telah ditandatangani sebelum ini.
“Sebelum ini, saya memang tidak mahu terlibat dengan saham FGVH tetapi tujuan asal saya hanyalah mahu menarik semula permohonan.
"Tetapi sekarang lain pula jadinya, nama saya adalah antara yang menyaman pengurus dan Felda. Ini bukan keinginan saya,” katanya.

No comments:
Post a Comment