Sunday, May 27, 2012

Penganjur masih yakin adakan konsert Lady Gaga

lady gaga
$entry.content.caption.value
JAKARTA - Penganjur Konsert Lady Gaga tetap berusaha mendapatkan permit pertunjukan dari pihak berkuasa untuk konsert yang dijadual pada 3 Jun ini di sini walaupun berdepan tentangan kumpulan Islam dan khabar mengenai pembatalannya oleh pihak pengurus bintang Hollywood itu.
  
Big Daddy Entertaiment pada Jumaat menafikan laporan bahawa konsert solo penyanyi itu akan dibatalkan.
  
Sehingga ini konsert Lady Gaga akan tetap diadakan di Stadium Utama Gelora Bung Karno pada 3 Jun ini seperti yang dirancang, kata jurucakap syarikat penganjur itu Arif Ramadhoni.
  
Arif berkata pengurus penyanyi itu dalam kenyataan di Singapura, pada Khamis tidak menyatakan hasrat untuk membatalkan konsert di Indonesia.
  
Dalam kenyataan itu pengurus Lady Gaga, kata beliau hanya memberi gambaran bahawa kreativiti tidak seharusnya dibatasi dengan pelbagai kekangan.

 “Kalau menyatakan secara spesifik batal atau tidak, tidak disebutkan. Tidak ada pernyataan seperti itu (batal) daripada pengurusan Lady Gaga," kata Arif.
  
Big Daddy juga kata Arif, enggan membuat sebarang spekulasi mengenai status sebenar konsert itu, sama ada akan menjadi kenyataan atau sebaliknya.
  
Pihak penganjur telahpun menjual lebih 50,000 tiket sungguhpun konsert itu dibantah pelbagai pihak terutamanya pertubuhan bukan kerajaan Front Pembela Islam (FPI) yang mengancam akan mencetuskan huru-hara.
  
Konsert Lady Gaga menjadi kontroversi kerana penampilan kostum penyanyi itu yang seksi selain dakwaan bahawa beliau dilihat seperti memuja syaitan dan lirik lagunya pula seperti anti-agama. - Bernama

No comments:

Post a Comment