Sunday, May 27, 2012

Dia berusaha menerapkan kehidupan Nabawi dalam hidupnya.

Dia berusaha menerapkan kehidupan Nabawi dalam hidupnya.

Dia ke pasar sebagaimana rakyatnya,
Dia duduk di tangga dengan santai ilmu bersama jemaah yang lain selepas solat,
Dia biasa sahaja makan di gerai-gerai,
Dia makan DALAM BENTUK apa yang dimakan rakyatnya,
Dia mencangkul bukan hanya untuk perasmian pecah tanah,
Dia yang menghidangkan sendiri minuman untuk tetamunya,
Dia hidup sederhana bukan sehari dua untuk paparan media massa dan majlis rasmi, tapi itulah "resepi utama" hariannya.

Lorong sempit (betapa dekatnya jarak) antara bangunan masjid dan rumahnya benar-benar menunjukkan dia mahu jalan yang luas untuk akhiratnya.

Dia bukan sahaja buah hati rakyat Kelantan, bahkan jantung hati rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment