PEMINAT menggunakan beca di Solo, Jawa Tengah, membawa poster penyanyi itu.
JAKARTA: Polis di ibu negara Indonesia bersiap sedia mengerah 2,000 anggotanya untuk mengawal konsert Lady Gaga jika ia berlangsung minggu depan di stadium sukan Gelora Bung Karno.“Kami sudah menyediakan anggota polis untuk mengawal keadaan di situ. Pada masa sama, kami masih menunggu ibu pejabat polis mengeluarkan permit konsert,” kata jurucakap Polis Jakarta, Rikwanto.Sesetengah kumpulan tegar Islam, termasuk Barisan Pertahanan Islam (FPI) dan Forum Islamik Rakyat (FUI), berazam untuk menghalang konsert itu daripada diadakan.
Cawangan FPI Bekasi membeli 150 tiket untuk menghentikan konsert di tempat yang diperuntukkan.
Anggota FPI lain berkata, mereka akan memintas penyanyi itu yang dalam perjalanan dari lapangan terbang ke tempat persembahan.
Ibu pejabat polis sudah memberi isyarat bahawa mereka akan mengeluarkan permit selagi promoter, Big Daddy, memenuhi syarat yang ditetapkan.
Berpuluh pelajar di sekolah agama Al-Fudholak di Pamekasan, Madura, kelmarin berdoa supaya polis tidak mengeluarkan permit persembahan kepada penyanyi berasal dari Britain itu.
“Dengan doa ini, marilah memohon kepada Allah untuk mengukuhkan hati polis supaya mereka tidak teruja dengan wang (yang mungkin ditawarkan promoter), supaya mereka tidak akan membenarkan konsert diadakan,” kata seorang guru sekolah itu, Fudloli Mohammad Ruham.
Sementara itu, pengurus Lady Gaga pula berkata, penyanyi berkenaan tidak akan rancangan untuk mengubah cara persembahannya sama sekali sekalipun konsertanya dibatalkan mana-mana negara di Asia. - Agensi
No comments:
Post a Comment