Sunday, May 27, 2012

Bapa kejam

VIENNA: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun kini tenat selepas ditembak di kepala di sekolah oleh bapanya sendiri, semalam.
Lelaki berusia 37 tahun itu dilapor mengheret anak lelaki dan perempuannya dari kelas masing-masing dan kemudian menembak budak lelaki itu dari jarak dekat, menurut sebuah stesen radio Austria, ORF.

Lelaki itu yang identitinya tidak didedahkan, kemudian ditemui mati selepas dipercayai menembak dirinya sendiri. Anggota paramedik yang kebetulan berada di sekolah berkenaan untuk memberi ceramah mengenai bantuan kecemasan, berjaya menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu.
Lelaki itu yang mempunyai rekod keganasan rumah tangga, memasuki sekolah berkenaan sambil mengacu pistol sebelum mengheret kedua-dua anaknya. Anak perempuannya berjaya melarikan diri.

Jurucakap polis, Alfred Schiller berkata, pihaknya percaya lelaki itu bertindak demikian kerana mahu membalas dendam terhadap isterinya.

Si isteri dikatakan melarang suaminya memasuki rumah mereka baru-baru ini.
Lelaki itu melarikan diri selepas menembak anaknya tetapi polis berjaya menjejakinya menerusi telefon bimbitnya tetapi dia dikatakan sudahpun menembak dirinya di jalan raya sebuah kawasan pedalaman. - DM

No comments:

Post a Comment