Salam.. kepada ahli-ahli dan penyokong pas tidak kira kaum/bangsa untuk sama-sama berhimpun di Stadium Darul Aman di Alor Setar, Kedah 1 Jun ini bermula jam 10 pagi.. Saya akan bersama-sama dengan ahli keluarga saya seramai 5 orang.. Tuan Guru Presiden, Tuan Guru Mursyidul Am dan Dato' Tuan Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan bahawa kehadiran adalah wajib kepada semua ahli-ahli PAS. sebagai bukti ketaatan kita kepada pimpinan, gagahkan diri melalui apa cara sekalipun untuk menghadirkan diri. ingatlah memberikan wala' dan taat kepada kepimpinan parti dan jamaah adalah wajib syar’ie. kata Imam Hassan Al Banna rhm, “..Apa yang aku maksudkan dengan ketaatan ialah ; mematuhi perintah dan segera melaksanakannya sama ada pada masa susah mahupun senang, dalam perkara disukai atau dibenci..”
Sabda Rasulullah saw :
“..Berbai’ahlah kepadaku di atas kewajipan mendengar dan taat di masa cergas dan di masa malas, sanggup berbelanja di masa susah dan senang, menjalankan kewajipan menyuruh kepada yang baik dan mencegah dari kemungkaran, bangun menyatakan agama Allah dalam semua keadaan tidak boleh dijejaskan oleh celaan orang yang mencela, dan sanggup menolong aku apabila aku tiba kepada kamu dan sanggup mempertahankan aku daripada apa yang kamu pertahankan daripadanya akan diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu dan bagi kamu syurga..” - Riwayat Imam Ahmad
No comments:
Post a Comment