Tuesday, June 5, 2012

halau Diplomat Syria

Sebelum ini sudah beberapa negara Arab telah melakukan protes kepada rejim Basyar dengan menghalau Diplomat Syria di negara mereka. 

Dan hari ini, negara Perancis, Jerman, Itali, Britain, Australia dan Kanada melakukan perkara yang sama dengan menghalau Diplomat Syria di negara masing-masing.

Mereka mengambil keputusan tersebut sebagai protes terhadap tragedi penyembelihan di Haulah beberapa hari yang lalu.

(Sumber al-Jazeera)

Maklumat tambahan : Di Malaysia pula, satu gabungan NGO bersama pelajar Syria di Malaysia telah menggerakkan usaha untuk menghalau diplomat Syria di Malaysia. Petition ini akan diserahkan kepada Wisma Putra.

Menurut mereka, Duta Syria banyak membawa masalah kepada pelajar Syria dan banyak mempengaruhi kerajaan Malaysia dalam menyokong kezaliman yang berlaku di Syria.

Untuk sokongan kepada mereka, sila tekan pautan petition berikut: 

http://www.causes.com/causes/766982-expel-the-syrian-ambassador-out-of-malaysia

No comments:

Post a Comment