Tuesday, June 5, 2012

Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengutuk kezaliman rejim Basyar

Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengutuk kezaliman rejim Basyar dalam khutbah beliau pada hari Jumaat semalam (25 Mei 2012) di Masjid Umar Al-Khattab di Doha.

Antara ucapan beliau :

Sesungguhnya aku melihat kehancuran dan kematian Basyar Al-Asad beserta tenteranya dengan mata kepalaku.

Justeru itu, beredarlah wahai Basyar Asad sebelum rakyat mengambil tindakan tegas kepada kamu. Nanti kamu akan mengalami kesusahan.

Seluruh bangsa Arab, umat Islam dan seluruh manusia memarahi dan membenci kamu. 

Dr. Qaradhawi berkata lagi : "Kamu adalah musuh kepada rakyat! Kalian semua adalah penghisap darah!"

Dengan kereta kebal, jet pejuang dan senjata berat, kalian membunuh kanak-kanak, meruntuh dan merobohkan rumah dan menghina maruah rakyat.

Namun ingatlah! Kezaliman tidak akan kekal lama. Allah sangat murka kepada orang yang zalim lagi angkuh.

Basyar! Anda sudah melampaui batas. Anda penumpah darah, pembunuh dan penjenayah.

Kemudian Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berdoa kepada Allah s.w.t :

Ya Allah, berilah bantuan kepada mujahidin di Syria dan sembuhkanlah orang cedera di kalangan mereka.

Ya Allah, bertindaklah ke atas Basyar dan tenteranya, pisahkan kesatuan mereka dan pecahkanlah himpunan mereka. Letakkan mereka dalam zon bencana dan turunkan azab siksa ke atas mereka!

Ameen..

Sumber : http://qaradawi.net/component/content/article/5880.html

Pautan khutbah penuh : http://www.youtube.com/watch?v=OZjNdPHhvE4&feature=youtu.be

No comments:

Post a Comment