Tuesday, June 5, 2012

Ismail Gha'ani mengakui bahawa tentera Iran juga bersama-sama dengan rejim Basyar di Syria

Tehran : Seorang Komander Revolusi Iran yang juga merupakan wakil Ketua Angkatan Tentera Darat Iran, Ismail Gha'ani mengakui bahawa tentera Iran juga bersama-sama dengan rejim Basyar di Syria.

Dia menyatakan perkara tersebut dalam satu wawancara bersama akhbar Isna hari ini (29 Mei 2012). Walaubagaimanapun, kenyataan tersebut telah dipadamkan tidak lama selepas daripada itu daripada laman Isna.

Sementara itu, seorang Pemerhati Politik Timur Tengah, Meir Javedanfar menyebut bahawa kenyataan berani itu merupakan kali pertama sejak berlakunya revolusi. 

Beliau juga mengatakan bahawa itu menunjukkan kebimbangan Iran jika sekiranya rejim Basyar dijatuhkan suatu ketika nanti.

No comments:

Post a Comment