Tuesday, June 5, 2012

Kami sentiasa bersama rakyat Syria menjatuhkan rejim Basyar yang zalim.

Berikut adalah antara kenyataan penting yang diucapkan oleh Dr Muhammad Morsy apabila ditanya berkenaan isu yang berlaku di Syria. Beliau merupakan calon Presiden Mesir daripada Ikhwan Muslimin. 

Antara kenyataan beliau ialah :

1) Kami sentiasa bersama rakyat Syria menjatuhkan rejim Basyar yang zalim.
2) Kami menentang sekeras-kerasnya segala kezaliman yang telah dilakukan oleh rejim Basyar.
3) Aku memberi amaran kepada Iran agar mengubah pendirian mereka yang menyokong rejim Basyar membunuh dan menyembelih rakyat Syria.
4) Kami akan menolong rakyat Syria setakat yang kami mampu.
5) Kami amat yakin bahawa rejim Basyar pasti akan jatuh dan rakyat Syria pasti akan mendapat kemenangan.

Dr Morsy yang merupakan calon pro-rakyat akan bertanding dalam pilihanraya Presiden Mesir ulangan pada 16 dan 17 Jun ini setelah menang pada pilihanraya pusingan yang pertama baru-baru ini. 

Dalam pilihanraya ulangan nanti, beliau dijangka bertemu dengan calon bekas rejim Mubarak, Ahmed Syafiq. Selain kita mendoakan kemenangan rakyat Syria, doakan juga kejayaan beliau dalam pilihanraya nanti. Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment