Tuesday, June 5, 2012

Seorang ahli perniagaan Arab Saudi telah mendermakan kesemua harta kekayaannya kepada Tentera Bebas Syria.

Seorang ahli perniagaan Arab Saudi telah mendermakan kesemua harta kekayaannya kepada Tentera Bebas Syria.

Lelaki tersebut telah mendermakan kesemua harta dan duitnya (kecuali rumah dan makanan keluarganya) kepada Tentera Bebas Syria. 

Beliau yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu bahawa beliau tergerak hati untuk buat sedemikian kerana melihat apa yang telah berlaku di Syria selama 15 bulan ini terutamanya tragedi di Haulah begitu menyayat hati.

Tetapi yang meyedihkan, masyarakat dunia masih membisu. Beliau menyebut lagi bahawa beliau bersedia untuk mengorbankan dirinya sendiri, kekayaan beliau dan anaknya demi Allah SWT. 

Semoga Allah merahmati insan mulia ini dan memurahkan rezekinya. Insya-Allah.

Bagaimana pula dengan kita?

Sumber : http://sabq.org/mnifde

No comments:

Post a Comment