Tuesday, June 5, 2012

semoga Allah memelihara rakyat Syria dan meghancurkan tentera rejim Basyar

Homs, Syria : Setelah rejim Basyar melakukan penyembelihan besar-besaran Jumaat yang lalu di Haulah, hari ini mereka kembali mengganas di Homs.

Menurut Anggota Dewan Revolusi Syria, Walid Faris, rejim Basyar kembali mengebom dan mengepung bandar Haulah. Mereka juga mengebom bandar Talidu dan menangkap puluhan masyarakat yang tidak bersalah.

Kampung Jaubar dan Kafr Aya juga telah dikepung oleh hampir 2 500 tentera rejim Basyar. Menurut sumber lagi, sepanjang semalam, Isnin hingga pagi Selasa hari ini, gerombolan tentera rejim telah dikerah untuk ke Homs dan mengepung hampir keseluruhan bandar-bandar utama di Homs.

Sehingga kini, puluhan masyarakat awam telah gugur syahid dibom oleh tentera rejim Basyar dari jarak jauh.

Teruskan doa kita, semoga Allah memelihara rakyat Syria dan meghancurkan tentera rejim Basyar.

No comments:

Post a Comment