Tuesday, June 5, 2012

KEKELIRUAN


KEKELIRUAN : Pihak admin menerima aduan bahawa kini tersebar di internet web atau laman Facebook bagi menggambarkan penyembelihan yang berlaku di Syria bukan didalangi oleh Basyar atau kerajaannya tetapi dirancang oleh Mossad Israel atau agen Amerika. 

Kekeliruan yang maha hebat ini kerana mereka membaca keadaan politik di Syria bahawa Basyar dikhianati kerana sikapnya yang kononnya pro-Iran dan anti-Amerika dan Israel. Pihak ini juga mengklasifikasikan Syria berada dalam satu blok dengan negara Iran dan kumpulan Hizbullah di Selatan Lubnan yang kononnya sebagai ancaman buat Israel dan Amerika selepas tercetusnya Revolusi Iran 1979.

Awas!!!! Anda jangan tertipu dengan bacaan yang dibuat oleh Amerika dan Israel bagi mengelirukan anda. Sekarang sudah terdedah sedikit demi sedikit siapa rejim Syria sebenarnya. Mereka bukan sahaja anti-rakyat tetapi anti-Islam dan ingkar kepada hukum hakam agama Islam.

Baca dan kaji sejarah Syria sewaktu era Hafeezz Al-Asad (bapa Basyar) yang kononnya berperang dengan Israel yang akhirnya tentera Israel berjaya menawan Bukit Golan tanpa setitik darah pun dari kalangan tentera Israel yang gugur. Anda akan ketahui bahawa kebencian Hafeezz dan rejimnya kepada Islam sama seperti Yahudi dan Amerika membenci Islam. 

Nasihat pihak admin, agar maklumat yang diambil WAJIB dan mesti ditapis terlebih dahulu. Pastikan ia benar-benar sumber yang boleh dipercayai. 

Mahukan lebih tepat, sila rujuk Ikatan Ulama' Syria atau Kesatuan Ulama' Islam Sedunia kerana ia adalah sumber yang boleh dipercayai dan mereka didokong oleh golongan ulama' yang takut kepada Allah.

Ia juga merupakan sumber yang kami rujuk selama ini.

No comments:

Post a Comment