Operasi culik komander Tentera Bebas Syria tumpas
Menurut laporan laman PALTIMES, pihak berkuasa Turki telah berjaya menumpaskan satu operasi menculik Kolonel Riadh Musa Al-As'ad, komander Tentera Bebas Syria dari sebuah kem tentera yang diduduki As'ad.
Dalam operasi cubaan penculikan ini, tiga individu yang terlibat telah ditangkap, dua orang warga Turki dan seorang warga Syria.
Menurut laporan, individu-individu tersebut telah ditangkap pada hari Rabu yang lalu dan soal siasat telah dijalankan berhubung pertuduhan ke atas mereka. Bagaimanapun, hakim telah membebaskan mereka.
Menurut sumber akhbar yang lain pula, Kolonel Mustafa Harmush salah seorang dari pengasas Tentera Bebas Syria telah diculik baru-baru ini hasil kerjasama antara perisik Syria dengan beberapa orang anggota perisikan dari Turki dan telah dibawa ke Syria.
Pada waktu itu, Kementerian Luar Turki telah mengumumkan bahawa tidak ada mana-mana rakyat Syria yang pulang ke negaranya. Lantas perkara ini mendorong kepada tafsiran bahawa anggota perisikan dari Turki tersebut telah mengadakan kerjasama secara sulit dengan Syria.
Mereka disogok habuan bayaran wang demi menculik pegawai-pegawai tentera Syria yang berpaling dari rejim Asad yang mana pegawai-pegawai berkenaan berada di sempadan Turki-Syria.
Selepas timbulnya dakwaan ini, pihak-pihak berkuasa Turki telah memperhebatkan lagi operasi untuk membanteras kes ini daripada terus berlaku.

No comments:
Post a Comment