Tuesday, July 3, 2012

Hudud di Johor: Proses tidak semudah disangka

Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin
Timbalan Pesuruhjaya Pas, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin
IPOH - Timbalan Pesu­ruhjaya I Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan cadangan Adun Kemelah berkaitan pelaksanaan hudud di Johor, satu kenyataan berani.

Bagaimanapun katanya, proses melaksanakan hukum hudud tidak semudah yang diperkatakan dan beliau merujuk kepada keinginan Kerajaan Negeri Kelantan sebelum ini yang mahu melaksanakan hudud di negeri itu.
“Sebut memang mudah, tetapi pelaksanaannya itu memakan masa, perlu ada perbincangan dan kelulusan yang melibatkan pelbagai pihak,” katanya.

Menurut Nizar, pelaksanaan hukum ‘hudud sebenar’ yang dimaksudkan perlulah berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
“Bagi saya jika cadangan beliau (Ayub) diterima, mereka kenalah laksanakan hukum hudud seperti yang terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah kerana itulah yang dimaksudkan Pas mengenai hudud, bukan ‘hudud sebenar’ yang didakwanya berbeza dengan Pas,” katanya.

No comments:

Post a Comment