Tuesday, July 3, 2012

Mahkamah keluarkan penghakiman bertulis kes Liwat II

Mahkamah keluarkan penghakiman bertulis kes Liwat II

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata adalah tidak selamat untuk menerima bukti DNA dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerana itu ia tidak boleh menyokong bukti yang dinyatakan oleh pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan mengenai kejadian tersebut.

Dalam penghakiman bertulis 80-muka surat Hakim Datuk Mohamad
Zabidin Mohd Diah (kiri) berkata, mahkamah pada peringkat ini tidak pasti 100 peratus dengan integriti sampel yang diambil dari Saiful untuk analisis yang dilakukan oleh Dr Seah Lay Hong.

Katanya, yang tinggal pada mahkamah ialah keterangan Saiful untuk membuktikan berlaku penetrasi tersebut. Ini sebagai kesalahan seksual, mahkamah sentiasa enggan mensabitkan tertuduh semata-mata berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong.

Oleh itu, tertuduh dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan itu.

Seramai 27 saksi pendakwaan dan tujuh saksi pembelaan telah memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut


- acik
 

No comments:

Post a Comment