Tuesday, July 3, 2012

Jelas dan nyata, Khalid Ismath yang merupakan pengikut tegar Syiah di Malaysia

Jelas dan nyata, Khalid Ismath yang merupakan pengikut tegar Syiah di Malaysia ini sekali lagi menunjukkan kepada umat Islam bahawa mereka menyokong rejim Basyar yang telah membunuh dan menyembelih ribuan Sunni di Syria.

Tindakannya ini amat mendangkalkan. Sesungguhnya anak muda ini tidak sepatutnya dijadikan ikon mahasiswa dan tulisannya ini jelas satu fitnah kepada umat Islam di Syria.

Tulisannya di blog ini dengan menyatakan bahawa mereka yang menyokong dan membantu rakyat Syria ini sebagai bersama Amerika amatlah tidak patut. Sedangkan sudah banyak fakta demi fakta berkenaan kebenaran yang berlaku di Syria telah dinyatakan. Ternyata, masih ada yang buta berkenaan isu yang berlaku di Syria.

Khalid Ismath perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan bersama-sama dengan kebangkitan rakyat Syria di atas tindakannya ini.

Semoga Allah memberi kekuatan kepada golongan yang mendokong perjuangan rakyat Syria dan menggagalkan segala perancangan jahat rejim Basyar dan sekutunya
 

No comments:

Post a Comment