Tuesday, July 3, 2012

Perdana Menteri Turki, Erdogan memberi amaran yang keras kepada Dimasyq

Perdana Menteri Turki, Erdogan memberi amaran yang keras kepada Dimasyq di atas tindakan terdesak mereka menembak jatuh pesawat udara Turki beberapa hari yang lalu.

Bercakap dalam parlimen, Erdogan menyebut bahawa ekoran tindakan terdesak tersebut, semua tentera Syria berdekatan dengan sempadan Turki akan dianggap sebagai musuh dan Turki tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk ancaman yang ditimbulkan di sempadan dengan Syria-Turki.

Erdogan mengingatkan bahawa rejim Syria sekarang bukan sahaja ingin dijatuhkan oleh rakyatnya sahaja, malah Turki dan juga negara-negara sekelilingnya.

Turki adalah di antara negara bukan Arab yang lantang bersuara membantah dan mengutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Basyar. Turki juga di antara negara yang memberikan perlindungan terbesar kepada pelarian Syria dengan membina khemah-khemah pelarian di sempadan Syria-Turki.
 

No comments:

Post a Comment