Tuesday, July 3, 2012

Turki telah mempertingkatkan bilangan trak dan kenderaan tenteranya di sempadan Turki-Syria

Menurut laporan, Turki telah mempertingkatkan bilangan trak dan kenderaan tenteranya di sempadan Turki-Syria hari ini.

Hal ini menunjukkan, situasi tegang sedang berlaku di antara Ankara dan juga Dimasyq ekoran Syria menjatuhkan sebuah pesawat udara Turki beberapa hari yang lalu.

Bilangan kereta kebal dan beberapa trak tentera di sempadan Turki-Syria semakin bertambah selepas Erdogan memberi amaran keras dan berjanji akan menuntut bela di atas kematian tentera udaranya itu.

Menurut sebahagian pemerhati politik, ia juga adalah sebahagian strategi Turki sebagai protes di atas kezaliman yang dilakukan oleh rejim Basyar ke atas rakyat Syria.
 

No comments:

Post a Comment