14 ahli kumpulan militan dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah kerana melancarkan serangan di Sinai pada Jun tahun lalu. Foto:Reuters |
KAHERAH - Mahkamah Mesir, kelmarin menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas 14 ahli kumpulan militan Takfiris selepas didapati bersalah melancarkan serangan di Semenanjung Sinai pada tahun lalu.
Menurut media tempatan, enam lagi tertuduh dikenakan hukuman penjara seumur hidup manakala empat lagi tidak bersalah atas pertuduhan itu.
Keputusan tersebut diumumkan selepas diluluskan oleh ulama tertinggi dan ia diisytihar sah untuk dilaksanakan di bawah sistem undang-undang Mesir.
Kesemua tertuduh didakwa terlibat dengan serangan yang dilancarkan balai polis utama el-Arish dan bank berhampiran sehingga menyebabkan beberapa anggota keselamatan termasuk orang awam terbunuh pada Jun tahun lalu.
Mereka juga bertindak menggempur balai polis tersebut dan memusnahkan patung bekas Presiden Anwar Sadat yang dibunuh selepas menandatangani perjanjian damai dengan Israel pada 1981.-AP
No comments:
Post a Comment