Wednesday, September 26, 2012

Jordan tahan anak saudara Abu Musab

AMMAN: Seorang peguam Islam terkenal semalam berkata, anak saudara bekas ketua al-Qaeda Iraq, Abu Musab al-Zarqawi, adalah antara enam pejuang yang ditahan di Jordan ketika cuba memasuki Syria.

Ketua peguam untuk kumpulan Islam, Musa Abdullah berkata, “Pengawal sempadan menahan enam anggota mujahidin termasuk Abu Asyaf, anak saudara Abu Musab, ketika mereka cuba menyeberang sempadan untuk berjihad di Syria, Sabtu lalu.”
“Mereka akan didakwa dan dipenjara antara lima dan lima belas tahun.

“Kira-kira 100 mujahidin Jordan menyertai pejuang Syria memerangi tentera kerajaan Bashar al-Assad dan setakat ini, enam terbunuh,” kata Musa.


Abu Musab, kelahiran Jordan, terbunuh dalam serangan udara tentera Amerika Syarikat di Iraq pada 2006. - AFP

No comments:

Post a Comment