Aktivis bantah filem hina Islam sasar Hollywood, dunia siber
Dubai: Aktivis Arab memperhebat kempen membantah filem menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW dengan memboikot enjin carian Google manakala Iran pula memulaukan anugerah Oscar 2013. Kempen itu dilancarkan menerusi Facebook dan menuduh Google masih membiarkan akses filem Innocence of Muslims di negara Arab dan antara tindakan dicadangkan aktivis mengubah gambar profil menunjukkan sokongan usaha berkenaan.
Pulau Youtube, Google
Gambar paling banyak di kalangan pengguna Facebook ialah memaparkan slogan dalam bahasa Arab bermaksud: “Saya memulaukan Youtube dan Google pada 24 dan 25 September. Ini sebagai menyokong Nabi Muhammad SAW.”
Video berkenaan dihasilkan di California dengan pembiaya persendirian dan muat naik ke laman YouTube. Ia mencetuskan bantahan di seluruh dunia Islam yang mengakibatkan berpuluh-puluh orang, termasuk Duta Amerika ke Libya, Chris Stevens, terbunuh.
Penganjur boikot percaya, Google akan rugi AS$210 juta (RM630 juta) dan harga sahamnya menurun jika pengguna internet di seluruh negara Arab memulaukan enjin carian berkenaan, lapor Jordan Times.
Guna enjin carian lain
Penaja menyarankan pengguna menggunakan enjin carian lain termasuk Bing, Yahoo dan Lycos.
Sementara itu, Tehran turut memulaukan Oscar pada tahun depan meskipun filem arahan Asghar Farhadi, A Separation, menang Oscar untuk kategori filem bahasa asing terbaik Februari lalu.
Menteri Kebudayaan dan Garis Panduan Islam, Mohammad Hosseini, berkata Iran memulaukan anugerah Academy tahun depan sebagai membantah filem menghina nabi. - Agensi

No comments:
Post a Comment