Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama |
WASHINGTON - Bintang pop Madonna mencetuskan kontroversi apabila dengan tidak sengaja mengelar Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama sebagai orang Islam kulit hitam ketika konsertnya di Washington kelmarin.
Kenyataan itu diperoleh melalui satu klip video yang disiarkan di YouTube oleh penonton ketika penyanyi berusia 54 tahun itu sedang menyampaikan ucapan mengenai demokrasi di AS.
“Ia menakjubkan dan luar biasa bahawa kita mempunyai seorang Afrika-Amerika di Rumah Putih, kami mempunyai seorang Muslim berkulit hitam di Rumah Putih. Ini bermakna negara ini masih mempunyai harapan dan Obama sedang memperjuangkan hak bagi gay, maka itu sokonglah beliau,” katanya.
Agensi berita Reuters melaporkan, tindakan itu dilakukan sekadar berjenaka dan tidak disengajakan kerana sejak memegang tampuk Presiden AS pada tahun 2008, pelbagai spekulasi tercetus membabitkan Obama yang dikatakan beragama Islam dan bukan warganegara AS.
“Ya, saya tahu Obama bukan seorang Islam namun ramai rakyat negara ini beranggapan beliau seorang Muslim maka itu berilah sokongan kepadanya, “ katanya.
Sementara itu, ketika konsert Madona di New York, penyanyi itu telah menulis perkataan ‘OBAMA’ di punggungnya, manakala pada Ogos lalu ketika konsertnya berlangsung di Rusia, beliau juga telah menyuarakan hak-hak gay sekali gus menyokong tindakan kumpulan rock Pussy Riot yang kini berhadapan dengan hukuman penjara akibat melakukan protes terhadap kepentingan kaum songsang itu.
No comments:
Post a Comment