Keadaan rumah Yahya yang uzur tanpa bekalan bekalan elektrik dan air |
Kehidupan, bekas kerani, Yahya Mat Nawi, 51, yang menghidap kencing manis dan masalah mental tidak terurus di rumah yang terletak di dalam kebun durian.
Anak saudaranya yang mahu dikenali sebagai Azman berkata, bapa saudaranya tinggal di sebuah rumah usang yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.
“Saya bimbangkan keselamatan pakcik yang tinggal seorang diri di rumah berkenaan.
"Walaupun beberapa kali diajak untuk tinggal bersama dia tetap menolak dan mahu menetap di rumah itu,” katanya ketika ditemui pada lawatan Kasih Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Gajah, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin ke rumahnya.
Kata Azman, dia hanya mampu membantu dari segi segi makan minum tetapi tidak dapat memantau pakciknya pada waktu malam.
Jelasnya, walaupun jiran-jiran berhampiran juga turut membantu memberikan bekalan makanan untuk pakciknya namun, dia berharap Yahya mendapat bantuan yang sepatutnya untuk meneruskan kehidupan.
“Biarlah keadaannya lebih terurus selepas ini dan mempunyai tempat tinggal yang sempurna berbanding sekarang kerana rumah yang didiami kini semakin usang,” katanya.
Sementara itu, Norashikin berkata, pihaknya akan memohon bantuan baik pulih rumah supaya Yahya mempunyai tempat berlindung yang lebih sempurna.
“Kita juga akan mengusahakan supaya dia mendapat bantuan bulanan bagi membantu dia menguruskan diri,” katanya.
No comments:
Post a Comment