Saturday, October 27, 2012

Pengajaran yang boleh diambil dari ibadat haji terlalu besar iaitu berkaitan dengan kesatuan ummah

Pengajaran yang boleh diambil dari ibadat haji terlalu besar iaitu berkaitan dengan kesatuan ummah. Sewajarnya, haji perlu dijadikan "muktamar tahunan terbesar" bagi umat Islam di seluruh dunia membincangkan perihal yang menimpa mereka waktu ini. 

Isu penyembelihan di Syria, Myanmar dan serangan yang tidak henti-henti Zionis Israel ke atas Gaza sewajarnya menjadi topik hangat untuk dibincangkan o
leh umat Islam yang berhimpun di Tanah Haram waktu ini.

Bekas Perdana Menteri Britain, Glade Stone pernah menyenaraikan himpunan haji sebagai 'penghalang Barat menguasai umat Islam' lalu para jemaah haji yang mengunjungi Baitullah sudah tidak membicarakan isu ummah sebaliknya lebih menumpukan kepada aktiviti 'shopping' dan merakam gambar kenangan di Menara Jam yang tersergam bersebelahan Masjid Haram.

Menurut Glade Stone, terdapat empat halangan bagi Barat untuk menguasai puak Timur (masyarakat Islam) iaitu:

1) Al-Quran
2) Kaabah
3) Solat Jumaat
4) Al-Azhar

GAMBAR: Pemandangan dari udara umat Islam yang berhimpun di Mina pada 8 Zulhijjah, semalam. Masya ALLAH!
 

No comments:

Post a Comment