Saturday, November 3, 2012

18 terbunuh dalam kebakaran akibat tembakan



QUETTA 3 Nov. - Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam kebakaran besar yang tercetus ekoran tembakan sekumpulan lelaki bersenjata terhadap sebuah van di stesen minyak di wilayah bergolak barat daya Pakistan, semalam.
Pegawai kanan kerajaan tempatan, Abdul Mansoor Kakar berkata, kebakaran itu berpunca daripada tindakan empat lelaki bersenjatakan rifel automatik melepaskan tembakan ke arah van dan terkena tong minyak yang diletakkan di tepi jalan.
Insiden serangan itu berlaku di Khuzdar, kira-kira 250 kilometer di barat daya Quetta, ibu negeri wilayah Baluchistan.
“Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam kejadian itu termasuk tujuh wanita dan empat kanak-kanak yang merupakan penumpang van terbabit," kata Abdul Mansoor. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121103/lu_12/18-terbunuh-dalam-kebakaran-akibat-tembakan#ixzz2B7rbs3jb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment