Saturday, November 3, 2012

Hak saya turut dirampas - Abbas



BAITULMAQDIS 2 Nov. - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (gambar) membuat satu kenyataan simbolik dengan menyatakan beliau tidak mempunyai hak untuk tinggal di bandar kelahirannya selepas dihalau dari sana ketika kanak-kanak semasa perang pada 1948, yang kini menjadi kawasan jajahan Israel.
Ketika ditemu ramah oleh stesen televisyen Israel, Channel 2, Abbas ditanya sama ada beliau mahu tinggal di Safed, wilayah Galilee yang merupakan bandar kelahirannya yang kini menjadi sebahagian jajahan Israel.
“Saya pernah sekali melawat Safed. Saya mahu melihat Safed. Ia adalah hak saya untuk melihat bandar itu, tetapi tidak untuk tinggal di sana.
“Bagi saya, sempadan Palestin kini adalah berdasarkan perjanjian pada tahun 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. Keadaan ini adalah selama-lamanya. Saya adalah seorang pelarian, tetapi saya tinggal di Ramallah. Saya percaya Tebing Barat dan Gaza adalah Palestin dan kawasan lain adalah Israel,’’ katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121103/lu_01/Hak-saya-turut-dirampas---Abbas#ixzz2B7rgMWAR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment